@tarbiahsentapofficial: Ada hari kita rasa sedih tanpa tahu bagaimana nak luahkan. Ada masa hati terasa berat, fikiran berserabut dan air mata mudah mengalir. Saat begitu, jangan lupa untuk kembali mengingati Allah. Basahkan lidah dengan zikir, kerana hati yang mengingati Allah akan mendapat ketenangan. Tak perlu tunggu hati tenang untuk berzikir. Berzikirlah, semoga Allah hadirkan ketenangan dalam hati kita.