@rakapbeskat: 4 Tahun PMX: Masa Anwar naik, satu dolar Amerika RM4.75. Tahun ini ringgit pernah mencecah RM3.95. Yang menarik tentang pencapaian ringgit ini ialah ia berlaku ketika banyak negara lain sedang bergelut untuk mempertahankan nilai mata wang masing-masing. Tengok sahaja Indonesia, Filipina dan Thailand. Mata wang mereka berdepan tekanan yang cukup besar tahun ini. Dalam keadaan itu, ringgit pula muncul sebagai antara mata wang berprestasi terbaik di Asia. Bukan setakat Asia Tenggara, tetapi Asia. Pada tahun 2024, ringgit muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia. Tahun 2025, ringgit mengukuh lagi sekitar 10%. Dalam dua bulan pertama 2026, ringgit sekali lagi muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik dalam kalangan negara Asia menurut Bank Negara Malaysia. Ini berlaku dalam keadaan dunia berdepan macam-macam krisis. Perang di Ukraine, konflik di Asia Barat, perang tarif Amerika, ketidaktentuan harga minyak dan macam-macam lagi. Apa untungnya kepada rakyat biasa macam kita? Orang yang nak pergi mengerjakan haji atau umrah, apabila ringgit mengukuh berbanding riyal Saudi, dengan jumlah duit ringgit yang sama mereka boleh dapat lebih banyak riyal. Duit belanja di Tanah Suci pun lebih besar nilainya. Begitu juga mak ayah yang ada anak belajar di luar negara. Kalau dulu nak hantar USD1,000 kepada anak, kena keluarkan RM4,750. Pada kadar RM3.95 pula, cukup RM3,950. Dah jimat RM800. Peniaga yang mengimport barang dari luar negara juga mendapat manfaat apabila kos membeli barang dalam mata wang asing menjadi lebih rendah. Begitu juga kos mengimport bahan mentah, ubat-ubatan dan makanan. Sudah tentu ringgit tidak akan naik setiap hari. Kadar pertukaran sentiasa berubah mengikut keadaan ekonomi dunia. Pengukuhan ringgit juga bukan bermakna semua harga barang akan terus turun. Namun, prestasi ekonomi negara, keyakinan pelabur, pembaharuan fiskal serta pengurusan Bank Negara adalah antara faktor yang membantu mengukuhkan ringgit. Selepas empat tahun pentadbiran Anwar, pencapaian ringgit ini wajar dinilai dalam konteks apa yang sedang berlaku kepada ekonomi dunia dan mata wang negara-negara lain. #AhmadMursi #Ringgit #EkonomiMalaysia

RakapBeskat
RakapBeskat
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 25 November 2026 05:50:43 GMT
134850
7905
524
398

Music

Download

Comments

ali.mastaan
Ali Mastaan :
GREATEST PMX DSAI
2026-11-27 02:24:24
4
lukman.abd.rachma
Lukman Abd Rachman :
undi ku cuma 1..tetap dgn DS Anwar
2026-11-25 11:16:12
617
luke.menik
Paint In Black.. :
Risau juga aku kalau PMX dikalahkan.Sebab susah nak cari Tok Guru yang sangat bijak dan perihatin dan mendengar rintihan rakyat.Sokongan padu akan Kami berikan biarpun apa keputusan yg akan keluar kelak..Salam dari Wilayah Sarawak.
2026-11-25 08:21:26
585
cannibanna
CANNIBANNA :
sejak PMX kena pecat dari menteri kewangan Dari zaman TUN,nilai kita berbanding Singapore SGD100=RM220 sampai la najib Kali terakhir SGD100=RM350.sampai PMX naik duit kita SGD100=RM315.bkn senang nk naik kan ringgit kita.salute😎 MADANI ❤️
2026-11-25 10:29:56
259
panjihitam03
POK DIK :
🤣🤣🤣🤣 hutang negara mencanak kau x nak komen ke
2026-11-25 10:24:48
103
abe.qaa
𝔹𝕖𝕪-𝕢𝕒 :
pak zahid naik 1 usd =rm 7
2026-11-26 02:05:19
126
sekati215
sekati :
zaman najib 3.80..negara nak bangkrap kata nuor....
2026-11-25 11:39:33
52
theshygenius83
Shygenius :
PMX terbaikk🫡🫡🫡
2026-11-25 09:01:17
64
jaml0249
jAm@L :
eeerrrrmmmmm...
2026-11-27 01:01:21
1
hidupdantujuan
فكرة الإيمان :
kalau ada undi siapa PM aku undi pmx.
2026-11-25 10:27:12
84
oncu.timah
Oncu Timah :
tetap bersama pmx..walaupun apa orng kata dkt pmx
2026-11-25 14:53:53
49
mohdzaharudin815
HILANG :
hutang mencanak
2026-11-25 10:58:46
11
i00hannie1409
dydyyluyr✃ :
Pmx stay still
2026-11-27 05:51:47
1
husaini9660
Muhammad Husaini :
kami nk beliau jadi PM tepi selamanya.Jom kekalkan Anwar pls...ayuh kekalkan PM tepi
2026-11-25 12:59:02
33
cantikku_96
Farhan :
Tq pmx kesayangan saya🥰
2026-11-25 08:57:30
35
biskutmayat07
Sham Azlan :
senang hidup PMX ni..mudah je gula2kn pyokong dye..[Big LOL][Laugh approved][Tears of joy]
2026-11-25 17:31:55
8
reza_almi
ℙ𝕒𝕣𝕜 𝕊𝕠𝕠 :
alhamdulillah, terima kasih PMX
2026-11-25 08:39:50
36
amer_syahiran
amer :
Aku tak tahu ap yg mereka marah sgt dengan pmx ni. Jika kali ni dia jatuh. Dah puas hati dah. Dia dh kerja keras walau dah tua. Jd penguat semangat bila aku malas. Terasa malu dengan yg tua macam ni.
2026-11-26 11:12:02
6
watak.alam5
Nur mohd :
sekarangni dolar tengah kuat gila harga emas junam teruk. alhamdulillah ringgit juga terus menguat
2026-11-25 09:56:56
22
daarwsy
اويش :
tolong sepenggal lagi PMX. Saya belum puas travel lagi 🥹😭
2026-11-25 14:12:10
9
rossamohamed28
Rossa :
2026-11-25 10:52:44
5
lisalisya91
Lalisa lisya :
ajib starting jd PM hutang 362 billion,2018 selepas 9tahun jd PM hutang 686 billion,kenaikan 89.50% Anwar Pm 2022 hutang 1.079.60 trillion,hujung tahun 2025 hutang rm1.315 trillion,peningkatan 235billion,peratus baru 21.85%.. jadi naik kenaikan hutang 89 peratus lagi banyak dari Anwar..
2026-11-25 14:09:29
5
sharkllll
Shark :
tu baru sepengal kalau 2 pengal mahu matawang dolar terus tak ada nilai 😂🤭 merayu pulak usa Pada PMX letak jawatan
2026-11-25 16:36:45
10
pembantai_couple
Wolf :
terima kasih PMX mmg terbaik selamanya beza dgn pm dlu korup
2026-11-25 09:55:04
12
brother.g.776
Brother G 77 :
alhamdulilah syukur terima kaseh pmx menaikan nama negara no 1 Di dunia alhamdulilah syukur terima kaseh pmx
2026-11-25 09:26:48
7
To see more videos from user @rakapbeskat, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About