@mediaselangor: Program Eksplorasi Peradaban Islam anjuran Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Alam Impian menjadi platform mempersiapkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, termasuk di luar negara. Setiausaha Kerja Pejabat EXCO Agama Islam, Harmony Ghani Ismail berkata program julung kali dianjurkan di Selangor itu memberi peluang kepada pelajar memperkukuh persediaan akademik serta penghayatan agama menerusi pengalaman pembelajaran secara langsung. Pengetua MITS Alam Impian, Dr Azammuddin Zainuddin pula berkata selain mendalami ilmu agama, pelajar turut berpeluang menelusuri sirah Rasulullah SAW dan menziarahi universiti di Madinah bagi mengenali suasana pengajian Islam di peringkat antarabangsa. Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) MITS Alam Impian, Prof Dr Syahrul Nizam Kamarulzzaman berkata program itu menyahut aspirasi Kerajaan Negeri yang menggalakkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat antarabangsa. #MediaSelangor #KlikSemasa #MITSAlamImpian

Media Selangor
Media Selangor
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 26 November 2026 14:00:00 GMT
3926
119
5
39

Music

Download

Comments

aaaaani04
aaaaaaaani :
Masya Allah … Alhamdulillah
2026-11-27 01:46:29
0
lizajaaman
lizajaaman :
Alhamdulillah..Tahniah
2026-11-27 00:56:49
0
syh7475
syh7475 :
Tahniah
2026-11-26 23:44:06
0
norledazailani
caaaahhhhh :
Tahniah Ustaz n Ustazah dan semua pljr
2026-11-26 14:55:47
0
rindusyurga0
RinduSyurga :
@NazlyOfficial
2026-11-26 14:09:29
0
To see more videos from user @mediaselangor, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About