@drismailsaid087: Saya ke AGK Dairy Farm, Raub untuk melihat sendiri secara dekat projek penternakan lembu wagyu serta mendapatkan sendiri penerangan mengenai penternakan serta pengurusan lembu wagyu disini. Ada lebih 400 ekor lembu wagyu yang diternak. Saya berasa gembira kerana projek ini bukan sahaja yang terbesar di Malaysia, malah mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail @tokwan . Penternakan lembu wagyu ini adalah antara misi besar kerajaan negeri dalam usaha untuk menjadi pemain utama industri daging premium halal di negara kita. Tahniah & syabas saya ucapkan kepada Abdul Ghafar Khan (AGK) & pasukannya atas usaha sebagai pemain utama industri wagyu di Pahang. #Pahang1st #kekalbiru #dsims #wagyu #wagyupahang