@keluarsekejap: 19 November lepas ialah Hari Lelaki Sedunia. Ramai tak tahu. Zaidel pun tak tahu. Dalam Deep Dive EP 33, kita bercakap pasal kesihatan mental lelaki. Lelaki pun manusia. Boleh penat, boleh sakit dari dalam, walaupun dari luar nampak okey. Dari kecil, ramai lelaki diajar satu skrip: jangan menangis, jangan mengada, kena kuat. Bila penat, orang kata malas. Bila diam, orang kata ego. Bila dah tiada, baru nak tanya. Satu kajian forensik di Hospital Canselor Tuanku Muhriz mendapati 394 daripada 534 kes bunuh diri yang dikaji dari 2012 hingga 2021 ialah lelaki (73.8%). Ini data satu hospital, bukan angka nasional. Kalau korang rasa berat, cakaplah dengan seseorang. Kalau ada kawan yang makin senyap, tanya khabar dia. Perlukan seseorang untuk bercakap? 📞 Talian HEAL 15555 (setiap hari, 8 pagi hingga 12 tengah malam) 📞 Befrienders KL 03-7627 2929 (24 jam, percuma) Dalam kecemasan, hubungi 999. Tonton episod penuh: Sembang KS EP 33 di YouTube Keluar Sekejap. Kredit Kajian: Jamaludin et al., "A 10-year sociodemographic study of suicide cases", Malaysian Journal of Pathology, Ogos 2024 Tajuk berita: Portal Berita RTM, Sinar Harian, Kosmo Online Tekstur: E. Golovesov, SJ Objio, L. DelPiccolo, Quilia, M. Jasmund (Unsplash) #SembangKS #KeluarSekejap #KesihatanMental #KesihatanMentalLelaki #HariLelakiSedunia

Keluar Sekejap
Keluar Sekejap
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 27 November 2026 00:36:07 GMT
1218
50
2
7

Music

Download

Comments

bhishma1684
bhishma :
second
2026-11-27 03:03:19
0
abuzzzmm
AbuuNawass :
🗿🗿🗿 First
2026-11-27 01:12:52
0
To see more videos from user @keluarsekejap, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About