@bernamaofficial: #Sarawak Berpuluh-puluh tahun penduduk tiga kampung di Lawas terpaksa memilih sama ada menaiki sampan atau memandu hampir 20 kilometer untuk ke bandar yang terletak hanya di seberang sungai. Kini, perjalanan ke pasar atau hospital yang dahulunya mengambil masa kira-kira 30 minit dengan kereta memerlukan anggaran lima minit sahaja susulan pembukaan Jambatan Bandar Lawas pada 6 Nov lepas. #BernamaNews #PRNSarawak #PRNSarawakXBernama