@aminahtulmardiah: Aku kena pukul aku hidup je. Harini dan esok hari yang penting untuk bisikan: luka yang berbisik. BISIKAN bukan sekadar filem seram. Saya nak korang melihat dunia daripada POV seseorang yang berhalusinasi, yang mendengar bisikan dan yang setiap hari terpaksa berlawan dengan fikirannya sendiri. Saya nak korang rasa sendiri kesan trauma. Betapa sakitnya apabila sesuatu yang dah lama berlalu masih terasa seperti baru berlaku semalam. Paling menyedihkan, orang yang mencipta trauma itu mungkin dah lama lupa apa yang pernah mereka lakukan, sedangkan orang yang menanggungnya masih berjuang untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Cuba tanya diri sendiri, korang orang yang menanggung trauma atau orang yang meninggalkan trauma dalam hidup seseorang? Mungkin ada kata-kata yang korang dah lupa pernah ucapkan, tapi masih terngiang-ngiang dalam fikiran seseorang sehingga hari ini. Mungkin ada perbuatan yang bagi korang sangat kecil, tetapi telah merampas kebahagiaan seseorang selama bertahun-tahun. Sebab itu saya nak korang tengok BISIKAN. Bukan sekadar untuk rasa takut, tetapi untuk belajar memahami kesakitan yang selama ini kita tak nampak dan tak pernah cuba dengar. 28 dan 29 November ini sangat penting dalam menentukan kelangsungan tayangan BISIKAN. Satu demi satu slot tayangan kami semakin berkurangan. Berat hati saya nak melihat perjuangan enam tahun ini berakhir begitu sahaja. Kepada yang belum menonton, saya mohon sedikit sokongan korang. Enam tahun saya bertahan untuk sebuah cerita yang hanya memerlukan 86 minit daripada masa korang. Kepada yang dah menonton, bantulah saya dengan berkongsi apa yang korang rasa. Mungkin perkongsian korang boleh membuka hati orang lain untuk menonton. Saya cuma nak lebih ramai orang memahami bahawa ada manusia yang sedang menanggung kesakitan yang tak mampu mereka ceritakan. Mereka bukan tak pernah bersuara. Mungkin selama ini, kita yang tak pernah benar-benar mendengar. Siapa yang dah pergi tengok BISIKAN, boleh tak korang komen dekat sini apa yang korang rasa selepas keluar dari panggung? Apa yang korang faham daripada cerita Syafiq? Ada tak mana-mana bahagian dalam filem ni yang buat korang teringat tentang kehidupan sendiri? Enam tahun saya perjuangkan karya ini, dan setiap kali saya baca perkongsian korang, saya sebak. Sebab akhirnya, ada yang memahami apa yang selama ini saya cuba sampaikan.
AMINAHTULMARDIAH
Region: MY
Saturday 28 November 2026 02:45:45 GMT
Music
Download
Comments
Daffa :
deep tau cerita ni. ni bukan cerita horror yang tiba2 nampak pocong lompat or tiba2 pontianak terbang tau. ni cerita horror in real life. gi la tengok guyss!! dalam cerita ni boleh tengok macammana seorang syafiq yang carry trauma dari kecil sampai besar sampai la dengar bisikan n paling teruk dia tak boleh beza antara real life dengan bayangan bisikan dia. tapi ending dia sangat tragis la 🥺😭 dari sini kita boleh sedar n faham trauma ni kalau di biarkan kesannya boleh jadi teruk diluar jangkaan kita. harini n esok g tengok guyss sebelum tayangan habis di pawagam
2026-11-28 02:54:46
24
ARIANNA GRANDE :
Sy nk bawak ank2 sy pg tgk bisikn sambil boleh bonding
2026-11-28 05:41:34
0
🦋 N L F 🦋 :
nk tgk kt manaaaa ??
2026-11-28 03:47:15
0
KakakTaikLalatTepiHidung :
kenapa kat kluang johor ,tak adaaa 😭😭 Nak tengokkk
2026-11-28 04:48:59
0
katak_kembung67 🐸 :
Saya ada. Tp bila lama2 pendam trauma tu hilang sendiri. Org tu pun mungkin lupa dia dah tinggalkan trauma dkt kita. Takpe. Sy berserah pada Allah
2026-11-28 05:43:48
1
Nana Alsree :
kt jb dh ditayangkn kr?
2026-11-28 05:36:31
1
CelinaCheah :
klau ada projek lgi boleh ambik saya sis..saya tk deman.
2026-11-28 04:14:07
0
Hanun Salleh :
janganlah nangiss
2026-11-28 05:00:49
0
Nur Syazwani Halim :
Hugs..
2026-11-28 04:57:13
0
ARIANNA GRANDE :
Gsc xde ke sis?
2026-11-28 05:43:16
0
luckyyyhani :
🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲
2026-11-28 05:15:00
0
To see more videos from user @aminahtulmardiah, please go to the Tikwm
homepage.