@tvs_entertainment: Suasana di Pusat Penamaan Calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N67 Jepak mula dipenuhi orang ramai apabila penyokong parti politik berkumpul bagi menyaksikan proses penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13. Ketibaan penyandang kerusi N67 Jepak, YB Tuan Iskandar bin Turkee, yang diiringi penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS), turut menarik perhatian orang ramai yang berada di Dewan Suarah Bintulu. 📹 Fikri Hasanal (TVS) Ikuti Sarawak Decides TVS untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pilihan Raya Umum DUN Sarawak 2026. #TVS122 #TVSarawak #PRUDUNSarawakKe13 #SarawakDecides #JuhNgundi