@fiezarafar92: Alkisahnya pagi Jumaat tu anak² ada Majlis tukar² hadiah dengan kawan² 1 kelas .. Abang Hafiz dapat hadiah dari kawan nya Bariq .. Bariq last day dekat sekolah .. Tiba tiba malam sebelum nak tidur nampak muka dia sedih. Bila tanya dia rindu kawan kawan nanti 🥹 Ibu bagitau lagi 5 hari je dia boleh jumpa kawan kawan , cikgu Zila & mummy . Sebab nya lepas ni kitorang kena pindah ikut papanya bertugas di tempat lain . Berat hati nak tinggalkan Kem Sungai Besi ni . 9 Tahun menetap disini banyak kenangan pahit manis .. anak anak pun dah seronok dan suka suasana tempat ni . Tapi apakan daya , kena akur dengan keadaan . Bukan Abang Hafiz je sedih & sebak . ibu pun sedih sebak nak pindah ni 😭 Sabar yee . InSha Allah nanti Abang Hafiz akan biasa dengan sekolah baru tempat baru dan kawan kawan baru serta cikgu cikgu baru .. Yang lama tetap dalam ingatan selaluu 🥹♥️ #tabikakemas #kemsungaibesi #sungaibesi #pindahrumah #pindah