@nstvplus: SHAH ALAM, 28 November 2026 – Tiga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), termasuk seorang berpangkat Kapten dan dua Leftenan, berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup sekiranya disabitkan kesalahan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 96.2 kilogram (kg). Ketiga-tiga pegawai berkenaan bersama tiga individu awam telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada 27 November lalu atas pertuduhan mengedar dadah di Foyer Ketibaan Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang, kira-kira jam 6.50 petang pada 17 November lalu. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 15 sebatan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati. Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap kesemua tertuduh dan menetapkan 23 Februari 2027 sebagai tarikh sebutan semula kes. Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan tiada kompromi terhadap mana-mana pegawai atau anggota tentera yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah, termasuk jika mereka berdepan hukuman mati. Beliau turut menegaskan semua pihak yang terlibat akan dibawa ke muka pengadilan dan siasatan perlu diteruskan bagi mengenal pasti dalang sebenar sindiket berkenaan. Beritaplus+ Tepat & Beretika #Dadah
plusnews+
Region: MY
Saturday 28 November 2026 09:23:32 GMT
Music
Download
Comments
Alex///peace :
Org politik tu ramai yg pengkhianat
2026-11-28 11:01:54
6
Osman :
jgn takut Lembaga Pengampunankan ADA 😁😁😁
2026-11-28 09:36:10
4
user5561859098120 :
TANGKAP LA DALANGYA SKALI
2026-11-28 12:25:07
3
rakyat bersimpati :
kepala yg besar sekali mana tangkap yg kecil buat apa nyatu ok lembaga pengampunan ada tu
2026-11-28 22:48:19
0
Abang Melayu :
jgn tangkap ikan bilis je..tangkap la jerung
2026-11-28 11:48:08
3
Rimba_Malam :
ni mesti atas arahan org atasan...xkn brani buat macm tu klau tak Ade arahan
2026-11-28 12:58:46
3
MuZul :
Mereka banyak berbakti, boleh rayuan tahanan dirumah..
2026-11-28 10:24:23
2
wing2 :
siasat betul betul,..jgn jadikan mereka kambing hitam
2026-11-28 09:47:29
3
Megak Desa :
👍👍👍👍 cari dalangnya
2026-11-28 12:56:25
1
muzs ahmad :
Terbaik..
2026-11-28 11:29:14
1
airi :
tebaik..
2026-11-28 12:43:57
1
zalma bahudin :
kerana duit nyawa mlayang..jadi biarlh hdup serba sederhana..asal ada untuk kperluan sdh ckup
2026-11-28 23:56:01
0
zulkifli :
2026-11-28 10:46:43
0
7Aminah Shariff :
😡
2026-11-28 10:59:11
0
user5561859098120 :
IMI HANYA SURUHAN
2026-11-28 12:25:16
1
asokpremappu :
hukuman 😁
2026-11-28 22:38:37
0
ZAINALIJANG :
malu konon
2026-11-28 21:05:19
0
SyamAmri Amri :
dalangnya kena cover era madani🤣🤣wayw mau pandai
2026-11-28 18:26:18
0
asokpremappu :
Bolehland Kalau Puak bangsa sendiri buat depa kata alal suci walaupun haram 😁😁😁
2026-11-28 22:39:49
0
M.Saiful Surash :
JELUNG TILAK BOLE DIDIDAHKAN MAA, PRU SULAHH DIKKAT MAAA
2026-11-28 15:30:46
0
Zul migcobra07 :
dio CRI rezki. ikan mintak duit kau pun bro
2026-11-28 13:00:31
0
lingbinju27 :
memang dari politik pengkhianat tiada undang2 langsung hentam saja TUDM ketuak pengindar dadah di hadap ke mahkmah
2026-11-28 23:15:47
0
To see more videos from user @nstvplus, please go to the Tikwm
homepage.