@ishraqamani: Sekiranya telefon bimbit anda tiba-tiba mengeluarkan bunyi amaran kecemasan pagi ini, jangan panik! Ujian sistem amaran kecemasan MySiren akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara. 📅 Ahad, 29 November 2026 ⏰ 10.10 hingga 10.30 pagi 📍 Seluruh Malaysia MySiren bertujuan untuk memperkukuh penyampaian amaran kecemasan berkaitan banjir, cuaca buruk dan tanah runtuh secara terus ke telefon bimbit tanpa pemasangan aplikasi atau pendaftaran. Maklumkan kepada ahli keluarga, khususnya warga emas dan kanak-kanak, agar mereka tidak terkejut atau panik. Maklumat lanjut: www.mcmc.gov.my/mysiren Sebarkan maklumat, bukan kepanikan. #MySiren #MaklumanAwam #AmaranKecemasan #Malaysia #DiskusiIlmiah