@sandakanfm_901: 🚨 PERHATIAN RAKYAT MALAYSIA! UJIAN MySiren HARI INI Pernahkah telefon bimbit anda mengeluarkan bunyi amaran yang luar biasa? Jangan terkejut! Ini kerana Ujian Sistem Amaran Awam Malaysia (MySiren) akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada hari ini. 📅 29 November 2026 (Ahad) ⏰ 10.10 hingga 10.30 pagi Ujian ini merupakan sebahagian daripada usaha memastikan sistem penyampaian amaran kecemasan kepada orang ramai dapat berfungsi dengan baik apabila diperlukan. 📢 Ambil maklum, sebarkan informasi ini kepada keluarga, sahabat dan masyarakat sekeliling agar semua mengetahui mengenai pelaksanaan ujian ini. JANGAN PANIK, AMBIL MAKLUM! Kesedaran dan kesiapsiagaan kita hari ini mampu membantu melindungi keselamatan bersama pada masa hadapan. 🇲🇾 MySiren – Sistem Amaran Awam Malaysia. Ikuti SANDAKANfm untuk informasi semasa dan hebahan rasmi. #SANDAKANfm #RTM #MySiren #SistemAmaranAwamMalaysia