@deer.243: #wildanimals #animals #animalsoftiktok

DEUTeam
DEUTeam
Open In TikTok:
Region: US
Tuesday 21 March 2023 13:47:27 GMT
4945
49
1
0

Music

Download

Comments

manivanhkhammanee
ມະນີວັນ :
😡😡😡😡ພວກສັດສິງໂຫດ
2023-03-22 12:08:21
0
To see more videos from user @deer.243, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Oleh Mynewshub CHENNAI – Keputusan Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay meneruskan perjalanan ke London menjelang ketibaan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di India mencetuskan spekulasi dalam sebuah rancangan media Tamil. Pengulas rancangan berkenaan mendakwa satu pertemuan antara Anwar dan Vijay pada awalnya dijangka berlangsung sehingga perjalanan Ketua Menteri Tamil Nadu itu ke London dikatakan mungkin dibatalkan. Bagaimanapun, Vijay akhirnya tetap berlepas ke London secara tiba-tiba. “Selepas mendapat tahu bahawa pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia tidak akan berlaku, perjalanan Ketua Menteri berjalan seperti yang dirancang. Itulah maklumat yang diterima,” kata seorang pengulas dalam rancangan berkenaan. Lebih menarik, panel terbabit turut membuat spekulasi bahawa pertemuan itu mungkin mahu digunakan bagi membantu imej politik Anwar menjelang pilihan raya di Malaysia. Menurut pengulas berkenaan, Anwar didakwa sangat tidak popular dan sedang berdepan ketidakpuasan hati dalam kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia. Situasi itu kata pengulas berkenaan menyebabkan Anwar sangat memerlukan sokongan masyarakat Tamil di Malaysia. Populariti besar Vijay bukan sahaja di Tamil Nadu, malah dalam kalangan masyarakat Tamil di luar India, dikatakan boleh memberikan nilai politik kepada Anwar sekiranya rakaman pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu disiarkan. “Rancangannya mungkin untuk melakukan sesuatu bersama Ketua Menteri dan memuat naik video bagi memenangi pilihan raya. “Vijay mungkin sudah mengetahui helah itu dan berkata, ‘Kami hanya boleh berbuat begitu untuk pilihan raya di tempat kami. Kami tidak boleh berkempen untuk kamu,’” dakwa pengulas tersebut. Kenyataan itu menimbulkan tanggapan bahawa Vijay sengaja meneruskan perjalanan ke London bagi mengelakkan populariti dan pengaruhnya digunakan untuk memberikan keuntungan politik kepada pemimpin Malaysia. Vijay merupakan antara tokoh politik paling popular di Tamil Nadu selepas parti pimpinannya, Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK), mencatat kejutan besar dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Tamil Nadu 2026. Beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu pada 10 Mei lalu sebelum kerajaannya memenangi undi percaya dengan sokongan 144 Ahli Dewan Undangan.  Bagaimanapun, dakwaan bahawa Anwar meminta pertemuan itu serta motif sebenar Vijay meneruskan perjalanan ke London belum disahkan secara rasmi oleh Pejabat Perdana Menteri Malaysia, kerajaan Tamil Nadu atau Vijay sendiri. Justeru, dakwaan yang dibangkitkan dalam rancangan berkenaan setakat ini kekal sebagai spekulasi media dan belum boleh dianggap sebagai fakta yang disahkan. – MYNEWSHUB #anwaribrahim #CMvijay

About