@policewomanof_u.s: #cops #police #crime #court #bodycam #foryou

Police Women Of U.S
Police Women Of U.S
Open In TikTok:
Region: US
Sunday 07 April 2024 15:53:23 GMT
9843
290
2
1

Music

Download

Comments

billsmafia19864
BillsMafia1986 :
man is a hero
2024-05-21 01:04:16
2
To see more videos from user @policewomanof_u.s, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

NASIHAT TERBUKA KEPADA PIHAK BERKUASA AGAMA: MENJUNJUNG PRINSIP KEADILAN DAN HAK ASASI DALAM MENYEBARKAN DAKWAH. Saya ingin menyampaikan nasihat ini dengan penuh rasa hormat dan keprihatinan terhadap tindakan penahanan Ustaz Mat Esa Deraman, yang lebih dikenali sebagai Tokku Pasir Gudang.  Sebagai seorang guru agama yang telah banyak menyumbang dalam menyebarkan ilmu dan membimbing masyarakat, penahanan beliau menimbulkan pelbagai persoalan dan kebimbangan di kalangan umat Islam.  Jika ini berlaku, ia boleh menjejaskan rasa hormat masyarakat umum terhadap pihak berkuasa agama negeri Johor yang mana ia sepatutnya dielakkan. 1. Menjunjung Prinsip Keadilan dan Prosedur Perundangan Islam menekankan keadilan sebagai asas dalam setiap tindakan. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa' ayat 135:
NASIHAT TERBUKA KEPADA PIHAK BERKUASA AGAMA: MENJUNJUNG PRINSIP KEADILAN DAN HAK ASASI DALAM MENYEBARKAN DAKWAH. Saya ingin menyampaikan nasihat ini dengan penuh rasa hormat dan keprihatinan terhadap tindakan penahanan Ustaz Mat Esa Deraman, yang lebih dikenali sebagai Tokku Pasir Gudang. Sebagai seorang guru agama yang telah banyak menyumbang dalam menyebarkan ilmu dan membimbing masyarakat, penahanan beliau menimbulkan pelbagai persoalan dan kebimbangan di kalangan umat Islam. Jika ini berlaku, ia boleh menjejaskan rasa hormat masyarakat umum terhadap pihak berkuasa agama negeri Johor yang mana ia sepatutnya dielakkan. 1. Menjunjung Prinsip Keadilan dan Prosedur Perundangan Islam menekankan keadilan sebagai asas dalam setiap tindakan. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa' ayat 135: "Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu golongan yang benar-benar menegakkan keadilan..." Sebarang tindakan terhadap individu, apatah lagi ulama atau pendakwah, hendaklah berlandaskan prinsip keadilan dan mematuhi prosedur perundangan yang ditetapkan. Perlembagaan Persekutuan Malaysia, melalui Perkara 5, menjamin hak setiap individu di negara ini untuk tidak ditahan secara sewenang-wenangnya dan berhak untuk diberitahu sebab-sebab penahanan serta mendapatkan bantuan guaman. Pihak berkuasa agama Islam negeri Johor sama ada Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri sewajarnya menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat dan bukan sebaliknya. 2. Menghormati Hak Asasi dalam Konteks Islam Hak asasi manusia dalam Islam berlandaskan kepada maqasid al-syariah, yang bertujuan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta. Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam Tahun 1990 menegaskan bahawa tiada sesiapa boleh dipaksa dalam perkara yang berkaitan dengan agama atau kepercayaan. Ini selari dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama, termasuk hak untuk mengamalkan dan menyebarkan ajaran agama. Pihak berkuasa agama mana-mana negeri sekalipun tidak boleh menyalahgunakan mana-mana peruntukan undang-undang termasuk berkaitan syarat tauliah melainkan sewajarnya dilaksanakan secara adil, saksama, tatakelola yang baik serta penuh profesional. Amat memalukan jika permohonan tauliah ditolak tanpa diberikan penjelasan secara jujur berdasarkan undang-undang dan peraturan yang jelas lagi adil. 3. Menyokong Tanggungjawab Menyebarkan Islam Pihak berkuasa agama mempunyai tanggungjawab untuk menyokong dan mempermudah usaha dakwah yang berlandaskan ajaran Islam yang sahih. Penahanan pendakwah yang menyampaikan ilmu agama boleh menimbulkan persepsi negatif dan menjejaskan usaha menyebarkan Islam. Sebaliknya, pendekatan dialog dan musyawarah lebih sesuai dalam menangani perbezaan pandangan atau pendekatan dalam dakwah. Justeru, proses pemberian tauliah mengajar agama sepatutnya dipermudahkan tanpa ada sebarang halangan atau kesukaran yang tidak perlu. Pihak berkuasa agama sepatutnya mencari sebab untuk meluluskan tauliah mengajar agama dan bukannya mencari-cari sebab yang remeh untuk menghalang pemberian tauliah. 4. Menggalakkan Dialog dan Musyawarah Dalam menghadapi perbezaan pendapat atau pendekatan dalam menyampaikan dakwah, pendekatan dialog dan musyawarah adalah lebih sesuai dan berkesan. Ini selaras dengan prinsip syura dalam Islam, yang menekankan perbincangan yang lebih harmoni dan permuafakatan dalam membuat keputusan. 5. Cadangan. Saya menyeru agar pihak berkuasa agama Islam negeri Johor mempertimbangkan semula tindakan yang telah dibuat terhadap Ustaz Mat Esa Deraman dan mengambil pendekatan yang lebih berhemah, bijaksana dan berlandaskan prinsip keadilan serta hak asasi manusia dalam menangani isu-isu berkaitan dakwah dan penyebaran ilmu agama.

About