@tour_with_krash: ๐Ÿ“ Ras Mohamed Nature Reserve โ€“ Sharm El Sheikh ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฌ #tour_with_krash #egypt๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฌ

Mohamed Krash
Mohamed Krash
Open In TikTok:
Region: EG
Thursday 10 July 2025 22:31:17 GMT
51521
1053
6
168

Music

Download

Comments

gamal.khalifa369
Gamal khalifa :
ุณุจุญุงู† ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุนุธูŠู…
2025-07-17 23:43:50
0
jejegalal1
๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฌ Jee galal ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฌ :
๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฌโ™ฅ๏ธ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฌโ™ฅ๏ธ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฌ
2025-07-28 03:39:19
0
mahmoudeldemerdas66
mahmoudeldemerdas66 :
โค๏ธโค๏ธโค๏ธ
2025-07-11 00:24:02
1
delta.resort
๐Ÿ–๏ธ๐ŸฌDelta resort :
๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ
2025-07-29 19:00:29
0
.algebraic4
ุงุญู…ุฏ ุงู„ุฌุจุฑูŠ Algebraicโค๏ธ ๐Ÿ’ช :
๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ
2025-07-14 14:37:40
0
To see more videos from user @tour_with_krash, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

๐—ฃ๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—š๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก๐—š ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—ก Minggu ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin umum PN bergabung dengan 12 parti politik lain yang diluar kerajaan untuk membentuk satu platform bersama.  Perkara ini biasa berlaku.  Semasa pembangkang pun, Pakatan Harapan cuba untuk membina gabungan yang besar dan menyatukan semua pihak. Ia respons biasa dalam sepak terajang politik, yang selalunya digunakan oleh pembangkang. Adakah ia akan berjaya menggembleng sokongan rakyat untuk menang dalam PRU16?  Sukar untuk kita tentukan sekarang, terutamanya sebab sebahagian besar parti-parti yang bergabung itu, kecuali PAS, Bersatu dan Gerakan, tidak pernah bertapak di peringkat nasional.  Ia juga bergantung kepada prestasi Kerajaan Madani dan populariti Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Jika beliau tidak berjaya menguruskan pelbagai kontroversi yang timbul saban hari dan tidak ada perubahan ketara dari pentadbiran beliau, jumlah pengundi yang mahu bertukar akan melebihi jumlah yang mahu mengekalkan kerajaan, maka kerajaan boleh bertukar tidak kira kecil mana pun parti-parti yang bergabung. Ujian sebenar kepada gabungan ini bukanlah untuk bersatu melawan Anwar Ibrahim. Ujian sebenar ialah jika mereka menang PRU16 dan membentuk kerajaan. Mereka perlu bersetuju dengan calon Perdana Menteri dan menteri-menteri. Juga untuk membahagikan jawatan dan lantikan penting sesama mereka. Kerana disebalik kesatuan yang ada sekarang, tidak banyak persamaan ideologi yang menyatukan perjuangan mereka. Mereka juga pernah menyerang sesama sendiri sebelum bersetuju untuk saling menunggang sekarang. Contoh yang baik ialah drama politik di antara Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Bersatu dan PAS. Mereka berkawan, kemudian berlawan sehingga Tun Mahathir menubuhkan parti sendiri, kemudian berlawan lagi sebelum berkawan balik. Tan Sri Muhyiddin pernah panggil PAS sebagai parti ajaran sesat. PAS pernah memaki Tun Mahathir kerana dituduh menzalimi rakyat Kelantan. Malah, PAS pernah menjadikan Waythamurthy sebagai musuh utama menyalakan api perkauman semasa bantahan terhadap ICERD, tetapi kini Takiyuddin berada di sebelah Waythamurthy kerana saling menunggang untuk melawan Anwar. Kerajaan yang datang dari gabungan parti-parti yang tidak sehaluan akhirnya tidak berjaya membangunkan dasar baru untuk membantu rakyat kerana setiap cadangan dibantah parti yang lain.  Akhirnya, kerajaan itu meneruskan โ€œbusiness as usualโ€, asalkan pemimpin parti-parti dalam gabungan dapat habuan masing-masing. Begitulah resam politik di Malaysia kebelakangan ini dan saya bercakap dari pengalaman sendiri. #rafiziramli #PN #pembangkang #politikmalaysia #PAS

About