@local.brandvietnam: Nhập học giày mới chưa anh em #tiktok #fyp #thinhhanh #trending #tiktokshop #xuhuong #viral #giày #shoes

Dũng mê giày dép 👟
Dũng mê giày dép 👟
Open In TikTok:
Region: VN
Monday 11 August 2025 13:52:45 GMT
516
4
0
1

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @local.brandvietnam, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Semasa bertugas di Pangkalan Tentera Udara Butterworth, banyak peristiwa pahit manis dilalui sebagai pegawai perubatan kanan yang bertanggungjawab ke atas kesihatan dan perubatan seluruh pegawai dan anggota di sana. Salah satunya ialah penglibatan saya dalam istiadat pengkebumian semula Kapt (U) Choo Yeok Boo PGB yang terkorban dalam nahas pesawat Sikorsky Nuri akibat ditembak oleh pengganas komunis pada 26 April 1976. Setelah 4 dekad bersemadi di dalam kawasan Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, atas permintaan isteri dan anak-anak mendiang, dia dipindahkan ke tempat yang lebih bersesuaian. Hari yang bersejarah itu tidak mungkin akan  dilupakan sehingga bila-bila. Kesedihan menyelubungi kami yang berpakaian seragam lengkap bagi menghormati pengorbanan mendiang yang hilang nyawanya demi negara. Upacara penuh istiadat ketenteraan sekali lagi diberikan ke atas jasad mendiang. Dalam kejadian yang sungguh mengerikan itu, kesemua 11 pegawai dan anggota tentera telah terbunuh dalam Operasi Kota di sekitar Gubir. Serangan komunis terhadap pesawat yang membawa bekalan untuk anggota-anggota tentera di sempadan negara pada pagi yang penuh berdarah itu tidak mungkin hilang dari lipatan ingatan setiap satu ahli keluarga mereka. Generasi sekarang mana tahu ini semua! Ini bukan momokan cerita sebelum tidur yang tidak ada benarnya. Ramai tidak tahu sejarah! Atau sengaja tidak mahu tahu. Dan tidak ambil kisah dan pusing. Sejarah tidak pernah menipu! Pendudukan komunis di Tanah Melayu sehinggalah perjanjian damai di antara Parti Komunis Malaya dan Kerajaan Malaysia pada Disember 1989 itu benar-benar berlaku! Bukan omongan kosong. Negara kita pernah dalam keadaan darurat selama 12 tahun juga bukan dongeng! Kekejaman dan kebangsatan Parti Komunis Malaya terhadap rakyat Tanah Melayu bukan sengaja direkacipta! Filem Bukit Kepong itu hanyalah sebahagian dari apa yang berlaku di serata tanah air kita. Merdeka dari penjajah Inggeris dengan persefahaman tetapi bermandi darah dengan bangkitnya komunis. Terlalu ramai anggota keselamatan yang telah gugur di perbatasan demi memperjuangkan bangsa, agama dan negara dari kerakusan dan kebinatangan komunis. Itu belum dikira mereka yang cedera dan cacat seumur hayat. Abah saya sendiri pernah ditugaskan di hutan untuk operasi menentang komunis. Sekarang abah sudah pun 65 tahun, tapi apa yang abah lalui tidak mungkin hilang dari kenangan pahit yang dia terpaksa lalui demi tugas pada negara. Hari ini ada manusia-manusia yang ingin mengembalikan zaman komunis bermaharajalela. Chin Peng telah lama dihalau keluar dari bumi Malaysia, malah selepas kematiannya pun, mayatnya tidak dibenarkan dibawa pulang ke tanahair kita ini, namun fahaman komunisnya sudah seakan-akan mahu dihidupkan semula oleh manusia-manusia yang mula menampakkan diri di tengah-tengah kealpaan generasi kini.  𝑵𝑼𝑹𝑲𝑰𝑳𝑨𝑵 𝑺𝑬𝑶𝑹𝑨𝑵𝑮 𝒀𝑨𝑵𝑮 𝑩𝑬𝑹𝑱𝑰𝑾𝑨 𝑷𝑨𝑻𝑹𝑰𝑶𝑻𝑰𝑲

Berkongsi pengalaman sebagai isteri kepada seorang anggota VAT 69 Komando, Siti Patimah Harun, , berkata setiap kali suaminya terlibat dengan tugasan yang akan mengambil masa lama, hatinya tidak pernah tenang kerana ketika itu komunikasi adalah terhad.
Berkongsi pengalaman sebagai isteri kepada seorang anggota VAT 69 Komando, Siti Patimah Harun, , berkata setiap kali suaminya terlibat dengan tugasan yang akan mengambil masa lama, hatinya tidak pernah tenang kerana ketika itu komunikasi adalah terhad. "Suami tidak bagi tahu berapa lama akan pergi operasi, cuma kata pergi gerakan (banteras komunis), semasa itu pula tiada telefon, jadi kita tunggu sajalah bila dia akan balik. "Kalau kita dengar bunyi enjin trak polis atau helikopter tidak kira masa, kita isteri-isteri komando ini cepat-cepat turun ke sekitar kawasan berek untuk tengok, sebab tahu suami masing-masing dah balik. Siti Patimah berkata bagaimanapun, apabila datang helikopter dan ambulans tanpa siren, para isteri akan saling berpelukan dengan linangan air mata kerana tahu ia membawa jenazah suami, seorang daripada mereka. Bercerita lebih lanjut kisah sebagai isteri komando, ibu kepada tiga anak berusia lingkungan 39 hingga 41 tahun itu berkata, paling tidak boleh dilupakan adalah ketika suaminya Baharuddin Ahmad Junan, 73, terlibat Operasi Bamboo II di sempadan Malaysia-Thailand pada 1978 bagi membasmi ancaman Parti Komunis Malaya. Katanya ketika itu beliau yang berasal dari Baling, Kedah sedang sarat mengandung enam bulan anak keduanya sebelum diberitahu oleh suami, dia terlibat dalam operasi itu. "Selepas seminggu suami pergi, ketika beliau sedang suap anak sulung makan tengah hari di berek di Ipoh, datang seorang anggota polis beritahu suami cedera semasa bertugas dan dirawat di Hospital Pulau Pinang. "Ketika sampai di hospital, amat terkejut tengok keadaan suami sangat teruk dengan 28 jahitan di kepala selain patah tangan kiri. Paling saya terkejut apabila suami seolah-olah hilang ingatan," katanya mengimbau kembali kecederaan yang dialami suaminya ketika menyediakan tempat pendaratan helikopter. Menurut Siti Patimah, walaupun pernah berdepan dengan situasi yang dianggapnya tragis dalam kehidupan, namun ia tidak pernah membuatnya melarang suami daripada terus berjuang kerana sedar ia adalah untuk anak cucu sendiri pada masa akan datang. Bagi Siti Hanipah Omar, 59, pula menjadi isteri kepada seorang komando lebih-lebih lagi semasa zaman komunis memerlukan kekuatan dan kecekalan diri untuk menghadapi sebarang situasi pada bila-bila masa. Katanya ketika perkahwinan beliau baru mencecah usia seminggu, suaminya Basrah Jali terlibat dalam operasi selama tiga minggu iaitu pada 1982. Siti Hanipah berkata paling menyedihkan apabila wang yang ditinggalkan oleh suami telah habis atau ketika itu diri tidak sihat, namun semua itu tidak pernah membuatnya menghalang suami daripada terus melaksanakan tugas. Sementara itu, Mastura Ramly, 66, dari Melaka berkata suaminya Abd Ghani Mahmood yang juga anggota VAT 69 Komando kerap terlibat dalam operasi menghapuskan komunis dan disebabkan itu hubungan dengan para isteri anggota yang lain sangat erat.

About