@kaylavitoria231:

Kayla_vitorya15
Kayla_vitorya15
Open In TikTok:
Region: BR
Friday 29 August 2025 23:42:38 GMT
18
1
0
2

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @kaylavitoria231, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Remaja Britain Hilang di KL: MHO Dedah Wujudnya Scam Center di Malaysia 400 Ditahan di Bangsar South: Malaysia Jadi Pusat Baru Scam Center Antarabangsa? Kuala Lumpur, 3 September 2025 – Kes kehilangan seorang remaja warganegara Britain di Malaysia membuka mata banyak pihak mengenai kemungkinan wujudnya pusat sindiket penipuan dalam talian atau scam center yang beroperasi di negara ini. Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Dato’ Hishamuddin Hashim, kes melibatkan remaja berusia 17 tahun bernama David Balisson yang dilaporkan hilang selepas tiba di Kuala Lumpur amat mencurigakan. “Bagaimana seorang remaja bawah umur boleh masuk ke Malaysia menggunakan autogate tanpa penjaga sah? Lebih pelik, selepas tiba di KL Sentral, dia terus hilang dan hanya meninggalkan email kepada ibunya bahawa dia selamat,” ujar beliau pada satu sidang media. MHO tidak menolak kemungkinan David mungkin menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia atau dipaksa bekerja di scam center. Hal ini berdasarkan corak kes sebelum ini di mana mangsa sindiket sering menghantar mesej kepada keluarga mendakwa mereka selamat, namun sebenarnya sedang dieksploitasi. Baru-baru ini, pihak berkuasa menahan lebih 400 individu di Bangsar South yang dipercayai bekerja di scam center. Malah, MHO sebelum ini turut menyelamatkan dua warga Acheh yang dipukul dan diugut oleh sindiket di Sungai Buloh. Lebih membimbangkan, menurut Dato’ Hishamuddin, operasi ini bukan hanya didalangi oleh warga asing, tetapi turut melibatkan rakyat tempatan. “Kita selama ini lantang bersuara tentang isu scam center di Laos, Myanmar dan Kemboja. Tetapi kini, masalah sama wujud di Malaysia. Kita tidak boleh pilih bulu – tindakan mesti diambil walaupun ia berlaku di dalam negara,” tegas beliau. MHO menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kewujudan scam center di Malaysia untuk menyalurkan maklumat segera bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil. #ScamCenter #HumanTrafficking #StopScam #MalaysiaAlert #MHO

About