@tait410: #fyp #GymTok #motivation

tait
tait
Open In TikTok:
Region: US
Tuesday 31 March 2026 23:43:45 GMT
445
19
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @tait410, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

KRONOLOGI BEKAS TENTERA TERAJANG ANAK PEREMPUAN 9 TAHUN HINGGA MATI [11]  Setelah si mati selesai melakukan pumping sebanyak 130 kali, si mati ada bertanya kepada tertuduh “Ayah boleh tak kira dari 100 balik”. Tertuduh yang tidak faham soalan si mati telah meminta si mati supaya mengulangi kembali pumping tersebut. Tanpa membantah si mati telah membuat semula sebanyak 30 kali. [12]  Setelah si mati tidak larat membuat sit up, tertuduh telah memijak perut si mati dengan menggunakan sebelah kakinya. Pada masa kejadian ini berlaku, SP17 dan dua (2) adik si mati berada di dalam bilik tidur. [13]  Tertuduh menyuruh si mati bangun tetapi si mati tidak larat kerana perutnya telah dipijak oleh tertuduh. Si mati cuba menahan dirinya daripada menangis namun tertuduh telah menyuruh si mati bangun tetapi si mati tidak terdaya untuk bangun akibat perutnya dipijak oleh tertuduh. Tertuduh marah dan terus memijak lagi perut si mati. [14]  Tertuduh kemudiannya telah menolak si mati dengan kakinya dan tendang si mati dengan kuat sehingga menyebabkan si mati terkencing di dalam seluar di atas karpet di ruang tamu rumah tersebut. Si mati cuba bangun tetapi belum sempat si mati bangun, tertuduh telah memegang kaki dan tangan si mati, mengangkat si mati ke aras paras dada tertuduh dan mencampak si mati atas tilam bayi yang terletak di atas lantai di ruang tamu rumah tersebut. [15]  Tertuduh kemudiannya telah memegang kedua telinga si mati dan tarik ke atas dan menghantuk kepala si mati ke lantai. Selepas itu, si mati telah bangun dan berjalan menuju ke bilik air. Tertuduh telah bertindak menendang pula si mati dari belakang dan akibat tendangan itu si mati telah jatuh di tepi peti sejuk di ruang dapur rumah tersebut. [16]  Si mati tetap bangun dan di dalam keadaan yang lemah si mati berjalan juga menuju ke bilik air. Semasa di bilik air, si mati sekali lagi telah terjatuh pula di dalam bilik air. Melihatkan keadaan si mati terduduk dalam keadaan lemah di hadapan pintu bilik air, SP18 telah memanggil tertuduh untuk melihat keadaan si mati. Tertuduh telah datang menghampiri si mati dan pada masa itu si mati berada di dalam keadaan yang tidak bermaya. [17]  Tertuduh telah mengangkat si mati masuk ke bilik air dan membuka paip air untuk menyedarkan si mati. SP17 kemudiannya telah keluar daripada bilik tidur dan pergi ke dapur dan berhenti di hadapan pintu bilik air. SP17 masuk ke bilik air dan menutup paip air kerana takut si mati lemas. Tertuduh dan SP17 cuba menyedarkan si mati tetapi si mati masih berada di dalam keadaan sangat lemah. [18]  Si mati kemudiannya mula sedar namun si mati memberitahu dia tidak nampak tertuduh dan SP17. Tertuduh dan SP17 mengangkat si mati untuk menyuruh si mati bangun tetapi si mati telah terbatuk lalu tertuduh dan SP17 menyuruh si mati mengeluarkan kahak tetapi tidak keluar. Tertuduh kemudiannya telah mengangkat si mati dengan memeluk perut si mati dengan kuat lalu telah terkeluar kahak dari mulut si mati. [19]  Tertuduh dan SP17 kemudiannya menukar baju si mati dan tertuduh meminta SP18 untuk menghidupkan kereta. Tertuduh telah mengangkat si mati masuk ke dalam kereta dan si mati diletakkan di bahagian tempat duduk belakang kereta tersebut. Pada ketika itu si mati berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri. [20]  Tertuduh dan SP18 telah membawa si mati ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan di sana, si mati kemudiannya disahkan meninggal dunia. [21]  Bedah siasat yang dijalankan oleh Dr Hanif bin Mahmud (SP9), pakar perubatan forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban mengesahkan bahawa si mati telah meninggal dunia berpunca dari “kecederaan di abdomen akibat objek tumpul” sepertimana yang terkandung di dalam laporan post-mortem (ekshibit P28) yang disediakan sendiri oleh SP9. #viral

About