@polikliniksungaibertek: Jaga Buah Pinggang, Jaga Kualiti Hidup 💙 Buah pinggang yang sihat membantu menapis sisa dan mengekalkan keseimbangan badan. Jika anda mempunyai penyakit buah pinggang, kawal pemakanan dengan bijak. ✅ Kurangkan makanan tinggi garam, kalium dan fosfat ✅ Hadkan makanan proses, minuman bergula dan makanan segera ✅ Ambil protein mengikut nasihat doktor atau pakar diet ✅ Pilih makanan segar dan minum air secukupnya mengikut saranan doktor Ingat, setiap pesakit mempunyai keperluan diet yang berbeza. Dapatkan nasihat profesional untuk pelan pemakanan yang sesuai dengan keadaan anda.