@merotai: SIREN AMARAN TSUNAMI KINI BERBUNYI: Penduduk Pantai Tawau, Semporna, Kunak & Lahad Datu Diminta Jauhi Pantai Serta-Merta! Keadaan semasa siren amaran awal tsunami mula diaktifkan di kawasan pesisir pantai. Pihak MET Malaysia mengeluarkan nasihat bahawa ancaman tsunami dijangka melanda kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak, dan Lahad Datu antara jam 10.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari ini. ARAHAN KESELAMATAN KEPADA PENDUDUK: Semua penduduk di kawasan berhampiran pesisir pantai tersebut dinasihatkan dengan tegas untuk menjauhi kawasan pantai dengan serta-merta dan bergerak ke kawasan yang lebih tinggi atau selamat. Sila ikuti dan patuhi segala arahan daripada pihak berkuasa tempatan di kawasan anda. Mohon bantu sebarkan (share) video amaran ini demi keselamatan nyawa ahli keluarga dan komuniti kita! #Merotai