@qwertyuiopasdfghj3831:

পরিবারের ছোট রাজ কন্যা
পরিবারের ছোট রাজ কন্যা
Open In TikTok:
Region: BD
Sunday 21 June 2026 15:12:56 GMT
80
14
3
1

Music

Download

Comments

abdulaziz04827
.A..🚩 :
🤕😒
2026-06-21 17:38:44
1
user1031995519126
মোজাহিদআমি।মোজাহিদ :
@🥰🥰🥰🥰🥰🥰
2026-06-22 02:02:21
1
hosenmiha2
1234567@$&& :
🥰🥰🥰🥰🥰
2026-06-22 03:35:02
1
To see more videos from user @qwertyuiopasdfghj3831, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Rangka Konstabel Mohammed Abdul Lalil @ Jalil (gambar), salah seorang mangsa pesawat tentera British yang terhempas sejak 61 tahun lalu telah disembahyang dan diberi penghormatan sebagai Wira Negara di Masjid Bukit Aman.  Mohammed, 25, semasa nahas pada 25 Ogos 1950 antara 12 penumpang pesawat Douglas C47B 35 DK Dakota C4 (KN630) yang terhempas dalam operasi membanteras kegiatan komunis di Gua Musang, Kelantan. Allahyarham antara tiga mangsa yang berjaya dikenal pasti identitinya melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Dua lagi adalah warga British dan kini tulang mereka ditempatkan di Muzium Markas Tentera Darat. Kesemua rangka krew itu berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian pada 12 November 2008, setelah 58 tahun bersemadi di tengah hutan Gua Musang. Pengarah Muzium Tentera Darat, Lt. Kol. Norhayati Mansor berkata, satu lagi siri saringan DNA akan dilakukan bulan ini atau September bagi mengenal pasti identiti sembilan lagi krew pesawat yang turut terbunuh dalam nahas tersebut. Katanya, kesemua 12 mangsa nahas itu ialah tiga juruterbang dan lima tentera British serta empat lagi iaitu Allahyarham Mohammed dan tiga orang awam, Yaakob Mamat; penunjuk arah, Asip Ali Serdah (Orang Asli) dan A. Rantse (pegawai tanah). Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menobat Allahyarham yang berasal dari Kampung Bukit Treh, Muar, Johor, sebagai Wira Negara.
Rangka Konstabel Mohammed Abdul Lalil @ Jalil (gambar), salah seorang mangsa pesawat tentera British yang terhempas sejak 61 tahun lalu telah disembahyang dan diberi penghormatan sebagai Wira Negara di Masjid Bukit Aman. Mohammed, 25, semasa nahas pada 25 Ogos 1950 antara 12 penumpang pesawat Douglas C47B 35 DK Dakota C4 (KN630) yang terhempas dalam operasi membanteras kegiatan komunis di Gua Musang, Kelantan. Allahyarham antara tiga mangsa yang berjaya dikenal pasti identitinya melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Dua lagi adalah warga British dan kini tulang mereka ditempatkan di Muzium Markas Tentera Darat. Kesemua rangka krew itu berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian pada 12 November 2008, setelah 58 tahun bersemadi di tengah hutan Gua Musang. Pengarah Muzium Tentera Darat, Lt. Kol. Norhayati Mansor berkata, satu lagi siri saringan DNA akan dilakukan bulan ini atau September bagi mengenal pasti identiti sembilan lagi krew pesawat yang turut terbunuh dalam nahas tersebut. Katanya, kesemua 12 mangsa nahas itu ialah tiga juruterbang dan lima tentera British serta empat lagi iaitu Allahyarham Mohammed dan tiga orang awam, Yaakob Mamat; penunjuk arah, Asip Ali Serdah (Orang Asli) dan A. Rantse (pegawai tanah). Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menobat Allahyarham yang berasal dari Kampung Bukit Treh, Muar, Johor, sebagai Wira Negara. "Allahyarham adalah satu-satunya anggota polis yang terlibat dalam operasi itu," katanya. Rangka Allahyarham yang tersimpan di Muzium Angkatan Tentera sebelum itu diserahkan kepada PDRM dan diberi penghormatan sebagai Wira Negara di pekarangan Masjid Bukit Aman sebaik sahaja selesai disembahyangkan sebelum dibawa untuk dikebumikan di kampung halamannya. Turut berada di majlis itu ialah salah seorang adik Allahyarham, Hamdan Abd. Jalil, 77. Allahyarham adalah anak keempat daripada sembilan beradik.
Stesen jana kuasa elektrik yang dicipta oleh Ulama Melayu Nusantara pernah dikejutkan dengan penemuan hebat Naufal Raziq, remaja berusia 14 tahun dari Kota Langsa, Aceh. Beliau berjaya menghasilkan tenaga elektrik dari pokok kedondong. Anak-anak yang genius begini mesti dijaga dengan baik dan dibangunkan potensi pada dirinya semaksima mungkin. Inilah yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang lampau. Hasil penemuan Naufal ini berjaya menyediakan kemudahan elektrik kepada penduduk kampungnya. Penemuan Naufal ini mengingatkan saya pada seorang lagi hamba Allah di Sabah yang berjaya mencipta stesen janakuasa elektrik mini di Sabah. Abdul Hamid bin Jasmin yang merupakan seorang tukang kebun telah berjaya mencipta stesen hidroelektrik mini di Kg Libang Laut, Tambunan, Sabah pada tahun 2003. Hasil ciptaan beliau ini telah mampu menyediakan kemudahan elektrik kepada masyarakat kampungnya dan kampung sekitar. Penciptaan ini dilakukan akibat bekalan elektrik sukar sampai ke kampungnya. Pada tahun 1956, Syeikh Abu Bakar Al Baqir telah menubuhkan sebuah janakuasa elektrik di Gunung Semanggol melalui Persatuan Ihya Asy Syarif yang ditubuhkan dan dipimpin olehnya. Janakuasa elektrik ini mampu menyediakan bekalan elektrik kepada penduduk-penduduk Gunung Semanggol. Penubuhan janakuasa elektrik ini dilakukan selepas beliau bebas dari dipenjarakan Inggeris selama 4 tahun bermula tahun 1948. Penubuhan janakuasa elektrik ini dibuat bagi membuktikan bahawa orang-orang Melayu boleh maju sendiri tanpa bantuan penjajah Inggeris. Bayangkan berapa banyaknya pahala yang diperolehi oleh Naufal, Tuan Abdul Hamid dab Ustaz Abu Bakar Al Baqir. Mereka ini tergolong dalam hadith Rasulullah صلى الله عليه وسلم : احب الناس الى الله انفعهم للناس “Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang memberikan manfaat kepada manusia yang lain” (Riwayat Ath Thabrani) Jika mengikut sejarah kegemilangan tamadun-tamadun dunia, selalunya kreativiti yang menghasilkan inovasi itu hadir bila adanya tekanan. Namun bagi umat Islam, sama ada wujudnya tekanan atau tidak, inovasi mesti diperbanyakkan dan digiatkan seperti mana zaman kegemilangan Islam lampau bagi memenuhi hadith Rasulullah iaitu menjadi manusia yang paling dicintai Allah kerana memberi manfaat pada manusia yang lain

About