@lorealparis_vn: Tiền đã sẵn, mua đi! 💳 #lorealparis_vn #muataitiktokshop #sale #contentzone #matnathachloreal

L'oreal Paris Việt Nam
L'oreal Paris Việt Nam
Open In TikTok:
Region: VN
Tuesday 23 June 2026 12:00:00 GMT
29410
20
0
51

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @lorealparis_vn, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

“Jangan datang terlalu dekat,” kata mawar itu perlahan, “aku tumbuh bersama duri, dan di balik kelopak-kelopak ini tersimpan racun yang tidak kau kenali. Barangkali, kau akan terluka hanya kerana ingin menyentuhku.” Namun lelaki itu tidak berganjak. “Kalau begitu, biarlah tanganku berdarah, asal sempat aku menggenggam sebatang mawar sepertimu.” Mawar itu diam. Angin datang menyisir kelopaknya, membawa harum yang bahkan tidak pernah berniat untuk diberikannya. “Kau tidak mengerti,” bisiknya kemudian, “mungkin kau tidak gentar melukakan tanganmu sendiri, tetapi aku takut menjadi sebab darah mengalir daripada tanganmu. Aku takut duriku singgah terlalu dalam, takut racunku tinggal terlalu lama di dalam lukamu. Dan lebih daripada itu, aku takut kau datang dengan hati yang mahu mencintai, lalu pulang membawa luka yang aku sendiri tinggalkan.” Lelaki itu tersenyum, lalu duduk tidak jauh daripadanya. “Kerana itulah aku semakin mahu mendekat.” Mawar itu menunduk. “Kerana apa?” “Kerana kau tidak pernah bercerita betapa sakitnya durimu untuk mempertahankan dirimu sendiri. Kau hanya sibuk memberitahuku tentang luka yang mungkin akan kuterima daripadamu. Sedangkan kau boleh sahaja membiarkan aku datang, membiarkan tanganku berdarah, kemudian menyalahkan durimu atas luka yang terjadi. Tetapi kau tidak begitu. Kau lebih takut daripada aku, tentang luka yang mungkin aku bawa pulang daripadamu.” Dia terdiam sejenak, sebelum menyambung dengan suara yang lebih perlahan, “Bagaimana mungkin aku tidak menginginkanmu, sedang sebelum aku menyentuhmu, kau sudah terlebih dahulu memikirkan bagaimana mahu melindungi tanganku?” Mawar itu tidak menjawab. Hanya satu kelopak gugur perlahan, jatuh ke tanah di antara mereka. Dan buat pertama kalinya, duri-durinya tidak lagi terasa seperti sebuah amaran. Mungkin, ada cinta yang tidak meminta mawar membuang durinya. Ia hanya datang dengan tangan yang tahu bagaimana menggenggamnya tanpa mematahkan batangnya. Mungkin juga, cinta tidak selalu datang untuk memetik mawar. Ada yang datang sekadar mahu duduk di sisinya, menunggu harum yang diberi angin, dan belajar mencintai tanpa meminta mawar memberi lebih dari yang dia ingin. Kerana barangkali, itulah yang paling ditakuti mawar, bukan lelaki yang sanggup terluka. Tetapi seseorang yang sanggup tinggal cukup dekat untuk mengenal setiap durinya, namun cukup lembut untuk tidak menjadikan duri itu alasan bagi mawar membenci dirinya sendiri. -KesumaAtma #kesumaatma #puisikata #quotescinta #lovequotes #fypシ゚viral🖤tiktok

About