@kpkmmalaysia: MAJLIS PELEPASAN KONTENA NANAS SEGAR EKSPORT KE NEW ZEALAND KUALA LUMPUR, 24 JUN 2026 – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) hari ini telah mencatat satu lagi kejayaan penting dalam pembangunan industri nanas negara menerusi pelepasan rasmi kontena eksport nanas segar Malaysia ke New Zealand yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Malaysia kini kekal sebagai antara pengeluar nanas utama di Asia Tenggara dengan jumlah pengeluaran melebihi 530,000 metrik tan setahun. Penggunaan varieti premium seperti MD2, Josapine dan N36 telah meningkatkan daya saing industri melalui penghasilan buah berkualiti tinggi yang memenuhi kehendak pasaran global. YB Menteri berkata, kadar Tahap Sara Diri (Self-Sufficiency Ratio, SSR) nanas negara kekal melebihi 100 peratus sehingga tahun 2025, menunjukkan bahawa pengeluaran domestik bukan sahaja mencukupi untuk pasaran tempatan malah mempunyai lebihan untuk tujuan eksport khususnya varieti MD2. Menurut beliau lagi, pada masa ini permintaan nanas Malaysia ke New Zealand dianggarkan sebanyak satu kontena sebulan dengan nilai dagangan sekitar RM360,000 sebulan atau RM4.32 juta setahun. Kejayaan memasuki pasaran New Zealand akan menyumbang kepada pengukuhan keseluruhan rantaian nilai industri nanas negara bagi mencapai sasaran nilai eksport industri nanas sebanyak RM2 bilion menjelang tahun 2027. Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan ini selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh agenda eksport agro makanan negara, meningkatkan daya tahan sektor pertanian serta menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan. Malaysia juga berjaya mengekalkan kestabilan bekalan berbanding banyak negara lain dengan langkah-langkah intervensi Kerajaan yang pantas untuk membantu mengurangkan tekanan inflasi terhadap rakyat dan perniagaan. Turut hadir, YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan; Encik Jazman Azi bin Jamalludin, Setiausaha Bahagian Sekuriti Makanan; Encik Mohd Khairuzamri bin M. Salleh, Ketua Pengarah LPNM; YBrs. Encik Amir bin Matamin, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP); Encik Mohamad Shaffie bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia (MAQIS); Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA) serta pegawai-pegawai kanan Kementerian, Jabatan dan Agensi. #taatsetia #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #OurFoodOurFuture #CukupDanTerjamin

KPKM
KPKM
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 24 June 2026 14:44:21 GMT
488
10
1
3

Music

Download

Comments

nuvhal.com
Dayang Puteri Nazihah Izhar :
Macam mana nak register as pengusaha nanas dalam pogram ni?
2026-06-26 05:27:08
0
To see more videos from user @kpkmmalaysia, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About