@bertam.street.mar: “JOM SAKSIKAN FINAL FIFA WORLD CUP 2026 DI LED BIG SCREEN! 🏆” Kami menjemput seluruh masyarakat untuk bersama-sama memeriahkan Tayangan LIVE Final FIFA World Cup 2026 dalam suasana yang lebih meriah dan penuh semangat. Selain menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia di skrin LED gergasi, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan sepanjang malam untuk seisi keluarga. 📅 Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad) 🕗 Masa: 8.00 malam – 5.30 pagi 📍 Lokasi: Bertam Street Market, Sunshine Bertam 🎮 Esport Tournament ⚽ Street Soccer 🥅 Cabaran Timbang Bola 🎁 Cabutan Bertuah Luangkan malam hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati kemeriahan suasana, pilihan makanan daripada usahawan tempatan serta debaran aksi final Piala Dunia yang dinanti-nantikan. Jumpa kami di Bertam Street Market dan jadikan malam Final FIFA World Cup 2026 satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan! #BersamaZM #MalaysiaMadani #BertamStreetMarket #SecondBrain #FinalFIFA2026