@l0new0lfl0new0lf: Aku belajar bahawa setiap rezeki yang datang bukan sesuatu yang patut diambil mudah. Sebiji nasi yang ada di pinggan, sehelai baju yang aku pakai dan perkara kecil yang orang lain mungkin anggap biasa, bagi aku semuanya ada nilai dan cerita di sebaliknya. Aku nampak pengorbanan ibu bapa aku, aku tahu susah payah mereka untuk sediakan yang terbaik walaupun dengan kemampuan yang ada. Sebab tu aku belajar untuk menghargai, bukan hanya benda besar, tapi juga perkara kecil yang sering orang terlepas pandang. Bagi aku, bersyukur bukan sebab aku memiliki semuanya. Tapi sebab aku belajar menghargai apa yang aku ada.