@mrs.okay85: PDRM beri jaminan siasatan berhubung kes r0gøl wanita OKU dijalankan secara telus dan adil KUALA TERENGGANH, 9 Ogos 2026: Polis Terengganu memberi jaminan siasatan berhubung dakwaan kes r0gøl membabitkan seorang wanita berusia 23 tahun yang merupakan OKU intelektual di Kemaman akan dijalankan secara telus, adil dan tegas mengikut peruntukan undang-undang. Ketua Polis Terengganu, Datuk Khairi Khairudin dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian yang didakwa berlaku di Kampung Besut, Kemaman pada 7 Ogos lalu. Susulan laporan itu, polis menahan tiga lelaki warga asing bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek direman selama lima hari bermula 8 hingga 12 Ogos 2026. Dalam pada itu, polis turut mengambil maklum mengenai perhimpunan penduduk di Flat Kampung Enjin Gergaji, Chukai, yang diadakan bagi menyuarakan rasa tidak puas hati susulan kejadian berkenaan. Perhimpunan tersebut bagaimanapun telah bersurai dengan aman selepas perbincangan dan penerangan daripada pihak polis. PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, selain tidak mengambil tindakan sendiri terhadap mana-mana pihak. “PDRM memberi jaminan bahawa siasatan berhubung kes ini akan dilaksanakan secara telus, adil dan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu. SUMBER Dr media sosial "Terenganu voice" Rakyat nak tgk hukuman yg setimpal dgn perbuatan.. peniayaan kpd seorg perempuan kurang upaya..sungguh biadap puak hanyut ni..
I'm Mrs.Random
Region: MY
Monday 10 August 2026 03:48:14 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @mrs.okay85, please go to the Tikwm
homepage.