@aridemos:

aridemos
aridemos
Open In TikTok:
Region: US
Sunday 23 August 2026 00:55:50 GMT
208
21
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @aridemos, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Ismail
Ismail "Mail Kerbau": Penjenayah Lagenda Yang Mempunyai Kemahiran & Kekuatan Misteri ? Ismail "Mail Kerbau": Penjenayah Lagenda Yang Mempunyai Kemahiran & Kekuatan Luar Biasa ? Ismail yang lebih dikenali sebagai Mail Kerbau sering disebut dalam kisah-kisah jenayah di Malaysia sekitar era 1980-an hingga 1990-an. Namanya saja cukup dikenali dalam kalangan orang lama, bekas banduan, dan sebahagian anggota penguat kuasa, kisah hidupnya banyak diselubungi misteri. Sebahagian cerita mempunyai asas daripada pengalaman lisan, manakala sebahagian lagi mungkin dipercayai telah dibesar-besarkan sehingga menjadi legenda. Individu yang digeruni Menurut cerita yang tersebar ketika itu, Mail Kerbau dikatakan aktif dalam pelbagai siri kegiatan jenayah seperti pergaduhan, pemerasan dan keganasan. Namanya sering dikaitkan dengan dunia samseng malah menjadi antara pencabar kepada gengster besar lain pada zaman itu. Ada yang mendakwa beliau sangat berani sehingga tidak gentar berhadapan dengan kumpulan lawan mahupun pihak berkuasa. Beliau memanfaatkan kebolehan ilmu dalam persilatan selain gerak geri dia sangat lincah serta licik sehinggakan sukar berhadapan & menangkapnya. Kisah "enam gari" Cerita paling terkenal ialah dakwaan apabila Mail Kerbau berjaya ditangkap, dia perlu dipakaikan enam pasang gari serentak ketika dibawa keluar dari lokap atau mahkamah. Tindakan itu bukan kerana gari biasa tidak berfungsi, tetapi sebagai langkah keselamatan tambahan kerana beliau dikatakan memiliki kekuatan fizikal yang luar biasa serta sering cuba melepaskan diri. Malah ada yang mendakwa beliau mampu menarik rantai gari sehingga rosak & longgar atau mengeluarkan tangan daripada gari dengan menggunakan kekuatan otot dan teknik tertentu. Dengan wajah & sikap tenang dia boleh secara tiba tiba bertindak agresif dalam cubaan melarikan diri apabila mempunyai sedikit peluang. Sukar ditangkap Mail Kerbau telah beberapa kali berjaya meloloskan diri semasa tahanan mahupun ketika operasi tangkapan dijalankan. Keupayaannya mengenali kawasan persekitaran, selain pengalaman dalam dunia jenayah, dikatakan menyukarkan pihak lagi berkuasa menahannya. Pergerakkan beliau sangat lincah, anggota pertugas yang terlibat dalam operasi menangkapnya mendakwa mengejar Mail Kerbau seperti mengejar bayang bayang, dia kelihatan seperti berada di dua posisi yang berbeza. Adakah mempunyai Ilmu kebal atau sekadar mitos? Seperti ramai tokoh jenayah yang menjadi legenda rakyat, Mail Kerbau turut dikaitkan dengan pelbagai kisah mistik. Antara cerita yang paling kerap diceritakan ialah beliau memiliki ilmu kebal, sukar dicederakan dan mempunyai kekuatan luar biasa. Ada juga yang mendakwa beliau mengamalkan ilmu persilatan tradisional. Dakwaan tentang ilmu hitam ini agak sukar dibuktikan, sama benar mempunyai Ilmu kebal atau sememangnya tubuh badan beliau mempunyai tahap pertahanan fizikal yang cukup kuat atas latihan yang diamalkan. Ismail jarang atau sukar mendapat kecederaan serius walaupun selepas bertempur / pergelutan semasa operasi penangkapannya. Tengkorak, Kepala dan Tanduk Kerbau di Rumah. Pintu, serta dinding di rumah Mail Kerbau penuh dihiasi tergantung kepala serta tanduk kerbau. Ada juga tulang kerbau yang telah diukir menjadi perhiasan & ada juga diolah menjadi senjata. Selain itu, masyarakat setempat percaya itu menjadi lambang keberanian atau identiti beliau sebagai Mail Kerbau, identiti tersendiri menyebabkan orang ramai berasa gentar untuk mendekati rumahnya. Ada pula yang mengaitkannya dengan amalan persilatan atau kepercayaan tertentu. Guru persilatan Selain siri kisah jenayah, ada juga cerita bahawa Mail Kerbau turut mengajar ilmu persilatan kepada beberapa anak murid terpilih. Beliau disifatkannya sebagai seorang yang mahir dalam seni mempertahankan diri dan memiliki disiplin dan ketegasan dalam menurunkan ilmu persilatannya kepada pelajar. #fyppppppppppppppppppppppp #sejarah

About