@bondaazzahra1: Jujur... Masa aku cakap kuah kari tu tawar, aku tak rasa aku buat salah. Aku tak marah. Tak tinggi suara. Aku cuma bagi komen. Isteri aku cuma angguk. Dia bangun. Tambah garam. Kacau perlahan. Lepas tu dia sambung buat kerja macam tak ada apa-apa berlaku. Aku pun makan macam biasa. Habis makan, aku terus baring. Scroll telefon. Layan video. Dalam kepala cuma fikir pasal kerja. Malam sikit aku bangun nak minum. Rumah dah sunyi. Anak-anak dah tidur. Aku lalu dapur. Dapur dah bersih. Periuk dah bertutup. Semua dah siap dikemas. Tapi ada satu benda yang buat kaki aku terus berhenti. Pinggan makan isteri aku... Masih kosong. Belum ada nasi. Belum ada kari. Belum ada kesan dia makan langsung. Baru aku sedar... Dari petang sampai malam... Dia masak. Dia kemas. Dia basuh pinggan. Dia tolong anak siapkan kerja sekolah. Dia lipat baju. Dia pastikan semua orang makan. Tapi orang terakhir yang dia fikir... Adalah diri dia sendiri. Dan orang pertama yang menegur hasil masakan dia... Adalah aku. Aku ulang balik ayat aku dalam kepala. "Kuah kari macam tawar sikit." Sedangkan... Dia sendiri pun belum sempat merasa kuah tu. Masa tu... Aku rasa bukan kari yang tawar. Tapi penghargaan aku. Aku cedok nasi. Cedok kari. Aku bawa dekat dia. Aku cakap perlahan, "Jom makan." Dia pandang aku macam pelik. Aku sambung lagi. "Terima kasih... sebab setiap hari buat semua ni." Dia tak cakap banyak. Cuma senyum. Senyuman yang kecil. Tapi malam tu... Aku belajar satu benda. Kadang-kadang orang yang kita sayang tak penat sebab memasak. Dia penat sebab semua usaha yang dibuat berjam-jam... Akhirnya hanya diingati kerana secubit garam yang tak cukup. kredit: kisah kita #suamiistri #pasanganhalal #rumahtangga #suamiistribahagia #fypシ゚viral
arwah mak saya selalu cakap dulu
"abah hampa ,dari awal menikah,sampai tua mak masak apa semua makan tak pernah sekali dia komplen ,sedap dia tambah tak sedap dia habiskan dan tak tambah dah"
2026-09-02 12:26:14
146
Pu3💚 :
It’s about appreciation 🥰
2026-09-03 03:18:00
0
Pena Tanpa Nama :
The word of "Hargai" 🤗
2026-09-02 03:32:13
0
Peneram Famous Chikmira :
Kdg2 cara bercakap tu yg main peranan... Cuba puji dahulu bru komen.. Sedapla kari syg masak, cuma kurang sikit je..
2026-09-02 03:36:29
49
Iza :
limited
2026-09-02 15:04:54
0
nashville1m :
ko kena keluarkan ayat positif.
sayang, abang rasa awak kena tambah garam sikit lg ni. awak didihkan kejap, abg tunggu. gituu... apa2 pun keluarkan ayat positif.
2026-09-02 10:12:43
34
Mr.E production :
Setelah baca kisah ini,saya akan lebih menghargai org uma saya.
2026-09-02 04:22:14
21
zue :
klu pasal tegur garam pun.. x blh.. payah lah hidup😅.. apa ingt hidup ni..nk terasa, nk merajuk pasal garam je ke😂.. belum ditegur gemuk,belum ditegur pemalas,belum ditegur mandul,belum ditegur x reti jaga suami😂..hehe.. relax lah
2026-09-02 01:57:37
13
aurora marisa :
weiii laki aq baik.. tapi aq boleh nangis bace bnde ni😭wlupon hanye perkataan 'terima kasih' tidak semua org boleh ucap.. 🥹sedeyy doo.. njay betol
2026-09-02 06:59:23
15
Sabrina Nordin :
hmm. husb aku sedap ke tk sedapp dia telan jee. tk pnh smpai dia membuang mknn yg aku dh penat2 masak. mknn yg aku sndri tkleh nk telan dia tetap la habiskan yg ade dlm pinggan dia.
tp tiap kali lpas masak msti aku akn tnggu reaction dia. klu betul2 sedap mmg dia trus puji. tp ble part yg dia tk komen ape2 tuu aku trus ckp 'hmm. tk sedap la tuu'. time tu bru la dia nk kte sedapp sbb tkut aku kecik hati. tp mmg aku dh start kecik hati dah time dia tkde puji ape2. tp tetap la dia habiskan. knp laa ekk prmpuan ni complicated. aku pon penadd. hahahah
2026-09-02 02:01:53
13
𝒇𝒂𝒕𝒊𝒎🥀🥀🥀 :
kenapa aku menangis 😭
2026-09-02 10:43:34
5
bunga :
kalau la semua lelaki ade perasaan yg mcm abg ni...😌
2026-09-02 01:23:01
9
mokcha shop :
boring jadi isteri . boring dipandang remeh . padahal isteri pun berkorban .
2026-09-02 09:20:40
9
MIRUN karan👾👾 :
laki aku jenis xmau baca coretan kisah macamni...dia xcuba nk Paham aku😥😥
2026-09-02 06:49:49
7
*•°:𝚂𝚑ɑ𝚂𝚑ɑ:°•* :
baca smbil menitis air mata saya...🥺 siapa yg paham dia akan mnegerti...siapa yg mengerti dia akan paham...tu je saya nk ckp ...
2026-09-02 04:25:23
8
فا عصمت ᥫ᭡ :
semua tentang “menghargai” 🙃
2026-09-02 00:59:15
6
🦋 RFA 🦋 :
husbn sy masin ke x masin ke dia diam je , bila sy tanya sedap x dia ckp bole la 🤣
2026-09-01 13:24:50
88
Tyrah Hanini :
Benci kau .. buat aku nagis .. aku baca pakai hati tau 😭😭😭
2026-09-01 13:45:00
48
🌸 :
cuba sehari duduk tmpt isteri. 🥺
2026-09-01 11:38:32
17
Hasanah Hana Zakaria :
Alhamdulillah, suami kalau balik keje dia nak makan, dia tetap tanya "awak dah makan ke".. kami mnghargai satu sama lain walaupun hanya cukup" makan je.. 🥰🥰
2026-09-01 13:09:11
6
nad :
tapi kalau sy lain , sy ckp direct je ..haha😂😂
sy ckp reti sgt masak la sndiri 🤣🤣
2026-09-01 12:00:08
24
To see more videos from user @bondaazzahra1, please go to the Tikwm
homepage.