@1yannku: 30 rb an aja udah dapet celana pendek sekeren ini #celanapendek #celanaolahraga #celanaparasut #celana

Iyaann🔥
Iyaann🔥
Open In TikTok:
Region: ID
Tuesday 01 September 2026 15:25:44 GMT
18
3
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @1yannku, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

PENANTIAN peminat seni tanah air akhirnya terlerai apabila penyanyi dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman, dilaporkan sudah dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga selepas menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak. Khabar gembira itu dikongsikan oleh sahabat baiknya merangkap bekas anggota kumpulan Brothers, Akbar Azmi, menerusi sebuah hantaran di laman sosial Threads. Menurut Akbar, sahabatnya itu berada dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada pihak hospital. “Alhamdulillah, akhirnya setelah lebih empat tahun, Yasin Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Yasin Brothers sudah dibenarkan pulang dari hospital. “Ya Allah, lama itu. Anak pun sudah besar. Alhamdulillah, sepatutnya 30 tahun dan pernah disabitkan untuk duduk dalam penjara. Ini semua kuasa Allah SWT, Yasin dapat lepas hari ini,” katanya. Tambah Akbar lagi, dia sempat berhubung melalui panggilan telefon dengan pelantun lagu Mimpi Laila itu bagi mendapatkan kepastian serta mengetahui keadaan terkini sahabatnya yang sedang dalam perjalanan melalui kawasan Tapah. “Saya telefon dia tadi, dia dalam perjalanan, dekat Tapah. Nanti tunggu kemas kini (update) terbaru saya bersama dia nanti. Insya-Allah, kami sangat gembira,” katanya. Terdahulu, pada 28 April tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengecualikan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan yang sebelum ini diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tiga pertuduhan berkaitan dadah terhadap Yasin atau nama penuhnya Muhammad Yasin Sulaiman,51. Panel tiga hakim yang dipimpin oleh Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali bagaimanapun memerintahkan agar Yasin ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta di bawah jagaan dan perkenan Sultan Selangor sebelum kebenaran keluar hospital diberikan baru-baru ini. #urtv #fyp #sembangentertainment #utusantv #yasinsulaiman

About