@dejandeals: Must have #topper

dejandeals
dejandeals
Open In TikTok:
Region: DE
Thursday 10 September 2026 14:11:57 GMT
891
5
0
1

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @dejandeals, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

PUTRAJAYA, 11 Sep - Pakatan Harapan (PH) menegaskan pendirian untuk menghormati sepenuhnya kuasa dan autoriti Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu berhubung isu pengampunan termasuk membabitkan Dato' Seri Najib Tun Razak. Pengarah Pilihan Raya PH, Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan bahawa perkara tersebut tidak pernah dipertikaikan memandangkan gabungan itu sentiasa mengiktiraf bidang kuasa mutlak institusi diraja. “Tak ada pertikaian. Yang kita bangkitkan adalah pandangan bahawa kita faham Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja mempunyai wewenang serta autoriti penuh untuk memberikan pengampunan. Itu memang telah diperakui dan tak pernah disentuh,
PUTRAJAYA, 11 Sep - Pakatan Harapan (PH) menegaskan pendirian untuk menghormati sepenuhnya kuasa dan autoriti Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu berhubung isu pengampunan termasuk membabitkan Dato' Seri Najib Tun Razak. Pengarah Pilihan Raya PH, Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan bahawa perkara tersebut tidak pernah dipertikaikan memandangkan gabungan itu sentiasa mengiktiraf bidang kuasa mutlak institusi diraja. “Tak ada pertikaian. Yang kita bangkitkan adalah pandangan bahawa kita faham Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja mempunyai wewenang serta autoriti penuh untuk memberikan pengampunan. Itu memang telah diperakui dan tak pernah disentuh," jelasnya. Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 Negeri Selangor di sini, bagi mengulas dakwaan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berhubung pendirian PH sebelum ini. Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa pihak gabungan tersebut sama sekali tidak menghalang kelancaran sebarang prosiding Lembaga Pengampunan yang difahamkan bakal bersidang pada esok. Sementara itu, ketika diminta mengulas gesaan seorang pemimpin DAP Kuala Lumpur agar anggota parti meletakkan jawatan Kabinet sekiranya pengampunan diberikan, beliau berpandangan bahawa pandangan akar umbi wajar dihormati namun amanah mentadbir mesti diteruskan. “Kami sudah melaksanakannya dengan membawa kejayaan ekonomi, mengekalkan kestabilan dalam keadaan krisis merata-rata. Walaupun ada dua-tiga isu yang perlu ditangani, seperti isu 3R dan kepercayaan masyarakat Melayu, kami ada lagi berbaki setahun," tambah beliau. Sehubungan itu, beliau menyifatkan tindakan berputus asa sebelum tamat tempoh perlawanan sebagai satu langkah yang kurang bijak dan beriltizam untuk melengkapkan mandat yang telah diamanahkan oleh rakyat. Kredit foto: Astro Awani, Bernama #BeritaKS

About