@bimaaquaculture: 🌿 Alhamdulillah, Azolla kita pun sihat-sihat! Menariknya, Azolla ni kita letakkan dalam kolam yang menggunakan sisa air daripada kolam ikan. Jadi, air kolam ikan yang dah digunakan dan nampak kotor tak semestinya terus dibuang. Kita boleh manfaatkan semula untuk menghasilkan Azolla. ♻️🌱 Azolla ni boleh dijadikan makanan alternatif untuk beberapa jenis ternakan seperti: 🐔 Ayam 🦆 Itik 🪿 Angsa 🐟 Ikan tertentu seperti tilapia Inilah konsep yang kita cuba buat — sisa daripada satu projek boleh jadi sumber kepada projek yang lain. Kurangkan pembaziran, manfaatkan apa yang ada dan bina sistem ternakan yang lebih mampan. 💚 Dari sisa air kolam, kita hasilkan sumber makanan pula. #AkademiUnggas #Azolla #TernakanMampan #Penternakan #Ikan

Bima Aquaculture
Bima Aquaculture
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 12 September 2026 03:44:24 GMT
102
5
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @bimaaquaculture, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

JOHOR BAHRU, 11 Sep - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mempersoalkan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berhubung dakwaan wujudnya pihak tertentu yang dipercayai menyerang serta mengkhianati parti tersebut. Ahli Dewan Negara itu mengingatkan bahawa tindakan penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa sama sekali tidak seharusnya disalahtafsirkan atau disamakan dengan usaha untuk menyerang keutuhan mana-mana pertubuhan politik. Kenyataan tersebut disuarakan susulan insiden pendakwaan di mahkamah terhadap bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkaitan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pada dua hari lalu. Menurut Sheikh Umar, Azeez telah didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan jawatan pengerusi di sebuah syarikat dengan imbuhan berjumlah RM690,000 setahun selain dikatakan mempengaruhi kelulusan pelaburan mencecah RM193.5 juta. “Jika itu yang Asyraf Wajdi maksudkan sebagai salah guna kuasa dan khianati rakan, saya fikir beliau silap. Jangan terkeliru antara khianati rakan dengan tindakan penguatkuasaan undang-undang,
JOHOR BAHRU, 11 Sep - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mempersoalkan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berhubung dakwaan wujudnya pihak tertentu yang dipercayai menyerang serta mengkhianati parti tersebut. Ahli Dewan Negara itu mengingatkan bahawa tindakan penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa sama sekali tidak seharusnya disalahtafsirkan atau disamakan dengan usaha untuk menyerang keutuhan mana-mana pertubuhan politik. Kenyataan tersebut disuarakan susulan insiden pendakwaan di mahkamah terhadap bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkaitan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pada dua hari lalu. Menurut Sheikh Umar, Azeez telah didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan jawatan pengerusi di sebuah syarikat dengan imbuhan berjumlah RM690,000 setahun selain dikatakan mempengaruhi kelulusan pelaburan mencecah RM193.5 juta. “Jika itu yang Asyraf Wajdi maksudkan sebagai salah guna kuasa dan khianati rakan, saya fikir beliau silap. Jangan terkeliru antara khianati rakan dengan tindakan penguatkuasaan undang-undang," jelas Umar. Terdahulu, Asyraf Wajdi ketika membentangkan Laporan Setiausaha Agung bersempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 dilapor mendakwa wujud pihak berjawatan yang menyalahgunakan kedudukan mereka untuk mengaibkan UMNO. Sehubungan dengan itu, Sheikh Umar turut melontarkan persoalan sama ada siasatan penguatkuasaan berhubung kes perundangan tersebut menjadi punca utama di sebalik keluhan Setiausaha Agung UMNO berkenaan. “Adakah hal ini yang Asyraf Wajdi marah sangat dalam PAU? Yang beliau katakan sebagai serangan terhadap UMNO? Yang beliau kata bobrok, mengaibkan dan memalukan UMNO?," soalnya menerusi satu kenyataan rasmi pada Jumaat. Kredit foto: Astro Awani #BeritaKS

About