@nanay94.5:

Nanay🐞
Nanay🐞
Open In TikTok:
Region: FR
Tuesday 22 September 2026 19:58:48 GMT
315
38
1
0

Music

Download

Comments

kawoyesall0
Kawoye sall :
🥰🥰🥰
2026-09-22 21:50:23
1
To see more videos from user @nanay94.5, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Part 1 Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. 🤍 Wahai anak… tiga bulan yang lalu, kamu pernah menjadi perhatian ramai. Semuanya bermula dengan kisah patukan ular. Kamu dirawat di hospital selama empat hari dan ketika itu kamu kembali pulih. Kamu sudah boleh makan, minum, membaca sendiri dan wajahmu kembali ceria. 🤍 Kamu malah sudah tidak sabar mahu pulang ke kampung. Sebelum pulang, kamu sempat meminta satu janji daripada abahmu… Kamu mahu abah bawa kamu berjalan-jalan mengelilingi Ipoh. Mahu tengok bandar Ipoh, mahu melihat suasana di luar dan menikmati dunia kecilmu bersama abah. Siapa sangka, janji kecil itu akhirnya menjadi kenangan yang paling dalam buat abahmu. 😭 Selepas itu, perjalananmu berubah begitu cepat. Berlaku satu kejadian yang sehingga hari ini masih diperjuangkan dan dicari jawapannya oleh abahmu. Selepas kejadian itu, keadaanmu mula merosot. Jantungmu terhenti dan CPR diberikan selama kira-kira 15 minit. Selepas tersedak susu sehingga susu masuk ke paru-paru, keadaanmu menjadi sangat kritikal. Oksigen tidak sampai ke otak dengan sempurna dan akhirnya saraf otakmu mengalami kerosakan yang sangat teruk. Anak yang dahulunya boleh makan, minum, membaca dan tersenyum akhirnya terpaksa berjuang hanya untuk terus bertahan. 😭 Hari berganti hari. Tubuh kecilmu terpaksa melalui rawatan demi rawatan. Belum sempat satu ujian berlalu, kamu pula diuji dengan masalah lain.Tubuhmu memberikan reaksi terhadap ubat sehingga kulitmu berubah dan kelihatan seperti terbakar. Sakit yang tidak mampu kamu ceritakan, hanya mampu kamu tanggung dengan tubuh kecilmu. Dan hari itu juga,hari yang sepatutnya menjadi hari bahagiamu. Hari ulang tahun kelahiranmu. Sepatutnya ada kek, senyuman, pelukan dan doa. Tetapi kamu menyambutnya di atas katil hospital, dalam keadaan sedang sakit dan terus berjuang. 😭 Empat bulan kamu bertahan di hospital. Empat bulan penuh dengan sakit, rawatan, air mata, harapan dan doa. Abahmu tetap bertahan.Terus mencari jalan.Terus berharap.Terus percaya suatu hari nanti kamu akan kembali seperti dulu.. Sebenarnya abah tidak mahu kamu dipindahkan ke Hospital Gerik.Bukan kerana abah tidak mahu kamu pulang ke kampung, tetapi kerana abah masih memegang janji dan harapan daripada doktor yang merawatmu sebelum ini bahawa kamu akan terus dipantau dan dirawat untuk tempoh yang panjang di bawah pemantauan doktor pakar. Abah masih percaya akan ada masa untuk kamu pulih. Masih percaya akan ada hari kamu membuka mata dengan senyuman,membaca semula, makan dan minum seperti dahulu. Dan mungkin… masih percaya akan ada hari untuk menunaikan janji kecil yang pernah kamu minta. Berjalan-jalan melihat bandar Ipoh bersama abah. Namun akhirnya keadaan menentukan kamu perlu dipindahkan juga. Ketika itu abah sedang menguruskan barang-barang dari Ipoh untuk berpindah kembali ke Gerik.Banyak yang perlu diselesaikan,tetapi hati seorang abah tetap tidak pernah jauh daripada anaknya. Rindu dan berat hati membuatkan abah mengambil keputusan untuk pulang juga,semata-mata mahu berada lebih dekat denganmu. Abah sangka masih ada waktu… Tetapi Allah lebih mengetahui segala-galanya. 🤍😭 Hanya dua hari kamu sempat berada di Hospital Gerik..Dua hari sahaja… Dan pada saat yang tidak pernah disangka, bergetar seluruh tubuh mak cikmu ini apabila menerima berita daripada doktor bahawa Ridzwan sudah tiada.😭 Anak yang selama ini dikelilingi doa,harapan dan perjuangan,akhirnya pergi. Dan yang paling menyayat hati,abahmu belum sempat berada di sisimu pada saat-saat terakhir. Bukan kerana abah tidak mahu menemani.Bukan kerana abah tidak sayangkan kamu. Tetapi keadaan ketika itu membawa kepada satu detik yang tidak pernah terbayangkan. Hanya doktor dan jururawat yang menemanimu pada saat-saat terakhir. Tiada abah di sisi.Tiada tangan abah yang sempat menggenggam tanganmu untuk kali terakhir.Tiada pelukan abah ketika kamu pergi. Betapa luluhnya hati seorang abah apabila anak yang selama ini diperjuangkan pergi ketika dirinya tidak sempat berada di sisi. Mungkin sampai bila-bila abah akan teringat…

About