@bonbanhbao86: #giaysneaker

Bôn Bảnh Bao
Bôn Bảnh Bao
Open In TikTok:
Region: VN
Tuesday 29 September 2026 12:45:00 GMT
123
0
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @bonbanhbao86, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Gambar ini dirakam selepas kertas terakhir SPM tahun 1998 selesai dijalankan, waktu kawan2 sibuk bercakap tentang kolej, universiti, maktab dan masa hadapan. Aku cuma tersenyum menutup perasaan. Kerana ketika mereka sibuk memilih tempat melanjutkan pelajaran, aku sudah memilih utk terus bekerja di kilang demi kelangsungan sebuah kehidupan. Bukan kerana aku tak mahu belajar. Bukan kerana aku tak punya impian. Tapi di rumah masih ramai adik yg perlukan perbelanjaan, kakak pula sedang belajar di universiti dgn seribu keperluan. Aku tahu keadaan mak. Aku tahu keadaan abah. Aku tahu setiap ringgit masuk ke rumah sudah punya tujuan. Jadi apabila surat tawaran datang, aku diam-diam sorokkan semuanya daripada pengetahuan. Dalam hati aku berkata, “Cukuplah kakak belajar… biarlah aku bekerja untuk meringankan.” Aku sangka itulah pengorbanan. Aku sangka berhenti mengejar cita-cita adalah sebuah kematangan. Aku sangka menjadi anak yang baik bermaksud menelan sendiri segala impian. Sehinggalah satu hari, mak tahu tentang surat-surat tawaran. “Kenapa tak nak sambung pelajaran?” Aku diam menahan perasaan. “Nanti byk nk pakai duit mak” “Adik nk sekolah lagi perlukan perbelanjaan.” “Kakak pun tengah belajar lagi.” Mak terus marah dalam tangisan. “Bab duit biar mak fikirkan!” “Jangan sibuk fikir benda yang bukan tanggungjawab kamu seorang!” Aku masih berkeras. Dalam hati aku marah juga pada mak. Kenapa mak tak faham? Aku cuma tak mahu tengok mak makin terbeban. Aku cuma mahu membantu kehidupan. Tapi aku tak tahu, mak sedang melihat jalan yang aku sendiri belum mampu lihat di hadapan. Akhirnya aku mengalah. Aku cari tempat yang paling kurang membebankan. Dan pilihanku ke UiTM kerana yurannya paling mampu dalam perkiraan. Hari aku melangkah pergi menyambung pelajaran, aku masih membawa rasa bersalah dalam perjalanan. Aku fikir tentang duit. Aku fikir tentang adik-adik. Aku fikir tentang mak yang pasti sekali lagi terpaksa mencari jalan. Tapi mak tak pernah tunjuk ketakutan. Dia cuma mahu aku terus berjalan. Bertahun-tahun kemudian barulah aku faham, ada masa seorang anak menyangka dia sedang menyelamatkan keluarga dengan mengorbankan masa depan, sedangkan seorang emak sedang bertarung supaya masa depan anaknya tidak menjadi korban keadaan. Kalau waktu itu mak mengalah pada keputusan aku, mungkin hidup aku berhenti di kilang itu. Mungkin dunia aku sekadar kampung dan perjalanan yang sama setiap hari. Mungkin aku tak pernah mengenal universiti. Tak pernah mengenal dunia luar. Tak pernah sampai ke tempat-tempat yang dahulu hanya mampu aku lihat dalam gambar dan bayangan. Dan setiap kali aku terkenang pertengkaran itu, aku terasa mahu kembali memeluk mak dalam tangisan. “Mak… rupanya waktu org fikir mak sedang memaksa, mak sebenarnya sedang menyelamatkan seluruh masa depan” Dulu aku marah kerana mak menolak keputusan. Hari ini aku bersyukur kerana mak tak membiarkan aku tenggelam kerana salah perhitungan. Sebab ada simpang dalam kehidupan, yang sekali kita tersalah memilih jalan, bertahun-tahun diperlukan untuk mencari semula arah perjalanan. Dan kadang2 ketika kita terlalu muda untuk melihat penghujung jalan, Tuhan hantar seorang emak untuk menjadi penunjuk arah dalam kegelapan. Hari ini gambar tahun 1998 itu masih membawa satu peringatan, budak dalam gambar itu pernah hampir menguburkan impian, hanya kerana menyangka kemiskinan sudah menentukan seluruh perjalanan. Nasib baik ada seorang emak yang berkata, “Tugas kamu belajar, yg lain biar mak fikirkan” Perkataan yang waktu itu terasa seperti paksaan, rupa-rupanya menjadi pintu kepada seluruh kehidupan. Dan hari ini aku belajar satu pengajaran, jangan cepat menguburkan masa depan hanya kerana hari ini terasa penuh kesempitan. Kerana kita melihat kesusahan dari tempat kita sedang berdiri, tetapi seorang emak kadang-kadang sudah nampak sejauh mana anaknya mampu pergi. Kalau hari itu aku berhenti di persimpangan, mungkin sampai hari ini aku masih sesat mencari haluan. Kerana kadang2,  satu keputusan seorg emak, mampu menyelamatkan seluruh masa depan seorg anak.

About