@kateyouate: it happens like magic! 🤫 @daine #fyp #foryou #pqc #dance #daine

kateyouate
kateyouate
Open In TikTok:
Region: US
Tuesday 29 September 2026 16:06:57 GMT
677
105
2
1

Music

Download

Comments

maria.168h
💫 :
Omg wow
2026-09-29 17:32:41
0
d41n3
daine :
ATE
2026-09-29 21:25:59
0
To see more videos from user @kateyouate, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Melihat perjalanan Tun Dr Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir, saya terfikir satu perkara. Macam mana dua manusia boleh memilih dan mencintai orang yang sama selama 70 tahun? Mereka berkahwin pada tahun 1956. Tentulah perjalanan selama itu bukan semuanya indah. Ada perbezaan, tekanan kerja, membesarkan keluarga, sakit, usia tua dan pelbagai fasa kehidupan. Cinta bukan sekadar rasa. Cinta perlu dipupuk dan di-maintain. Selepas kahwin, kita masih kena bercinta. Masih kena berbual, bergurau, menghargai, memberi ruang dan belajar menerima kekurangan pasangan. Dalam perkahwinan yang panjang, akan sampai satu ketika kita mungkin tertanya sendiri, “Kenapa dulu aku pilih dia?” Waktu itu kita kena kembali melihat sebab-sebab kenapa kita memilihnya dahulu. Ingat semula kebaikannya, perjalanan yang sudah dilalui bersama dan apa yang telah dibina selama bertahun-tahun. Semakin lama hidup bersama, semakin banyak kita belajar tentang pasangan. Ada perkara yang dahulu kita besarkan, hari ini kita tahu sebenarnya kecil. Ada kekurangan yang dahulu mengganggu, akhirnya kita belajar menerima. Kalau difikir dengan logik manusia semata-mata, bagaimana dua orang boleh hidup bersama berpuluh-puluh tahun, melihat wajah yang sama setiap hari, melalui rutin yang sama, semakin tua bersama, tetapi kasih itu masih ada? Sepatutnya sudah bosan. Sudah cemuih. Tetapi ada pasangan, semakin tua semakin rapat. Semakin lama bersama, semakin susah hendak berpisah. Di situlah kita sedar, cinta bukan semuanya kerja manusia. Ada bahagian yang Allah pelihara. Orang dulu-dulu pun bukan tak ada masalah rumah tangga. Tetapi ramai yang melihat perkahwinan sebagai tanggungjawab yang perlu dijaga, bukan sekadar hubungan yang bertahan selagi perasaan masih sama. Kerana perasaan boleh berubah. Tetapi tanggungjawab, ihsan dan usaha boleh kita pilih setiap hari. Mungkin cinta sampai hujung nyawa bukan kerana kita menemui manusia yang sempurna. Tetapi kerana sepanjang perjalanan itu, kita terus belajar memilih orang yang sama berkali-kali dan Allah izinkan cinta itu terus hidup. Semoga Allah merahmati Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Al-Fatihah. #jentikhati #dakwah #quotes #sentap #jodoh

About