@mediaselangor: Ketua Jurulatih Para Catur Kontinjen Selangor, Nik Ahmad Farouqi Nik Abdul Aziz berkata pencapaian itu membuktikan peningkatan prestasi atlet selepas menjalani persediaan rapi dan memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang temasya. “Kalau dibandingkan dengan SUKMA Sarawak yang lalu, kita hanya mendapat dua pingat emas. Tetapi di SUKMA Selangor kali ini, kita berjaya memperoleh 11 emas daripada 24 acara yang dipertandingkan. “Ini satu rekod yang sangat baik dan menunjukkan peningkatan besar dalam kalangan atlet kita, sekali gus menjadikan para catur antara sukan yang mencatatkan peratusan kutipan pingat tertinggi bagi kontinjen Selangor,” katanya. 🌐 Lebih berita di mediaselangor.com! #MediaSelangor #ParaSUKMA #sukancatur