@honestmoneymoves: 💨 #fyp #geeked #geektok #geekbar #geekingout

honestmoneymoves
honestmoneymoves
Open In TikTok:
Region: US
Monday 05 October 2026 10:34:32 GMT
6822
1136
1
58

Music

Download

Comments

aleahmiller25
Shhh :
😁😁😁
2026-10-21 22:09:14
0
To see more videos from user @honestmoneymoves, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Kes kematian adik Iman Zhafran, budak 10 tahun yang dijumpai tak sedarkan diri dalam tandas sekolah dekat Senawang pada 1 Oktober 2025 dulu, sebenarnya kurang mendapat perhatian media dan netizen.  Ramai gila yang tak tahu pasal kes ni sehinggalah prosiding inkues baru-baru ni bermula dekat Mahkamah Koroner untuk cari punca sebenar kematiannya yang sah ada kaitan dengan kes buli. Kalau ikutkan kronologi, malam sebelum kejadian iaitu pada 30 September 2025, arwah Iman ada mengadu dekat kakak dia yang ada murid lain ugut cakap dia akan 'mati esok'.  Tapi masa tu kakak dia tak cerita dekat mak ayah sebab mereka berdua dah tidur.  Esoknya, dalam pukul 1 tengah hari, Iman ditemui dah tak sedarkan diri dalam tandas sekolah.  Pihak sekolah terus bergegas bawa dia ke hospital, tapi sayangnya dia disahkan meninggal dunia masa tengah terima rawatan.  Hasil bedah siasat dekat Hospital Rembau keesokan harinya mendapati punca kematian adalah disebabkan 'tekanan pada leher'.  Polis juga ada jumpa buku tulis arwah yang mengandungi nota ugutan seram berbunyi,
Kes kematian adik Iman Zhafran, budak 10 tahun yang dijumpai tak sedarkan diri dalam tandas sekolah dekat Senawang pada 1 Oktober 2025 dulu, sebenarnya kurang mendapat perhatian media dan netizen. Ramai gila yang tak tahu pasal kes ni sehinggalah prosiding inkues baru-baru ni bermula dekat Mahkamah Koroner untuk cari punca sebenar kematiannya yang sah ada kaitan dengan kes buli. Kalau ikutkan kronologi, malam sebelum kejadian iaitu pada 30 September 2025, arwah Iman ada mengadu dekat kakak dia yang ada murid lain ugut cakap dia akan 'mati esok'. Tapi masa tu kakak dia tak cerita dekat mak ayah sebab mereka berdua dah tidur. Esoknya, dalam pukul 1 tengah hari, Iman ditemui dah tak sedarkan diri dalam tandas sekolah. Pihak sekolah terus bergegas bawa dia ke hospital, tapi sayangnya dia disahkan meninggal dunia masa tengah terima rawatan. Hasil bedah siasat dekat Hospital Rembau keesokan harinya mendapati punca kematian adalah disebabkan 'tekanan pada leher'. Polis juga ada jumpa buku tulis arwah yang mengandungi nota ugutan seram berbunyi, "Saya nak awak mati. Saya tak tahu awak akan masuk syurga atau neraka." Pihak polis sendiri dah sahkan kes ni memang ada kaitan dengan buli. Selepas sebulan kes ni macam senyap tanpa perkembangan, bapa arwah ada buat sidang media pada 3 November 2025 untuk nafikan dakwaan anaknya itu autism. Pihak keluarga memang mendesak sangat supaya inkues kematian dibuka sebab mereka nak siasatan yang telus untuk anak mereka yang asalnya seorang yang sangat periang, peramah, dan kesayangan keluarga. Lama juga kes ni tergantung, sampailah pada 5 Oktober 2026 baru-baru ni, prosiding inkues akhirnya bermula dekat Mahkamah Koroner. Mahkamah panggil sampai 51 orang saksi termasuklah cikgu-cikgu, murid sekolah, dan kawan arwah sendiri untuk soal siasat. Apa yang buat ramai sebak, peguam keluarga dedahkan hasil bedah siasat ada jumpa kesan jerutan sepanjang 3cm dekat sekeliling leher arwah, yang kemungkinan besar berpunca daripada kain skaf pengakap. Prosiding seterusnya dijadualkan bersambung lagi pada 21 dan 28 Oktober 2026. Bila fikir balik, seram dan sedih sangat sebab mangsa baru umur 10 tahun, maknanya pelaku mungkin sama umur atau senior yang baru umur 11 atau 12 tahun. Masih budak sekolah rendah tapi macam mana boleh terfikir sampai nak ambil nyawa kawan dan buat ugutan kejam macam tu. Zaman sekarang kita dah tak boleh guna ayat "ala... budak-budak... biasalah tu" sebab budak sekarang dah lain macam dan benda ni kena bendung betul-betul sebelum jadi lebih parah. Semoga ada keadilan buat arwah adik Iman Zhafran dan harapnya pelaku mendapat hukuman yang setimpal. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah. #imanzhafran #misterikematian #keadilan #alfatihah #foryou

About