@caty_a_0: 🤠🤠🤠 #concert #gavinadcock #fyp #viral #blowthisup

caty
caty
Open In TikTok:
Region: US
Sunday 01 November 2026 13:53:55 GMT
182
18
2
0

Music

Download

Comments

mia_u230
mia_u230 :
Beautifullll
2026-11-01 14:30:05
1
To see more videos from user @caty_a_0, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

SHAH ALAM - Niat seorang lelaki mendapatkan sijil cuti sakit (MC) selepas mengalami gejala demam berpanjangan bertukar menjadi detik mengejutkan apabila doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan yang disyaki kanser pada bahagian perutnya. Lebih menyedihkan, pengesahan itu berlaku hanya seminggu selepas ibunya meninggal dunia akibat kanser payudara tahap empat pada awal tahun lepas. Muaz Yazid, 27, berkata, dia pada awalnya mengalami gejala demam yang tidak menentu selama lebih sebulan sebelum mendapatkan pemeriksaan di klinik, namun keadaan kesihatannya masih tidak menunjukkan perubahan walaupun sudah beberapa kali mendapatkan rawatan. Menurutnya, pemeriksaan pertama doktor hanya mengesyaki demam biasa, sebelum ujian Covid-19, influenza dan saringan kesihatan dilakukan pada kunjungan kedua seminggu kemudian.Keputusan ujian yang diperoleh seminggu selepas itu semuanya okay dan tiada apa-apa dikesan, tetapi saya masih demam.
SHAH ALAM - Niat seorang lelaki mendapatkan sijil cuti sakit (MC) selepas mengalami gejala demam berpanjangan bertukar menjadi detik mengejutkan apabila doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan yang disyaki kanser pada bahagian perutnya. Lebih menyedihkan, pengesahan itu berlaku hanya seminggu selepas ibunya meninggal dunia akibat kanser payudara tahap empat pada awal tahun lepas. Muaz Yazid, 27, berkata, dia pada awalnya mengalami gejala demam yang tidak menentu selama lebih sebulan sebelum mendapatkan pemeriksaan di klinik, namun keadaan kesihatannya masih tidak menunjukkan perubahan walaupun sudah beberapa kali mendapatkan rawatan. Menurutnya, pemeriksaan pertama doktor hanya mengesyaki demam biasa, sebelum ujian Covid-19, influenza dan saringan kesihatan dilakukan pada kunjungan kedua seminggu kemudian.Keputusan ujian yang diperoleh seminggu selepas itu semuanya okay dan tiada apa-apa dikesan, tetapi saya masih demam. "Pada pemeriksaan terakhir, doktor melakukan imbasan ultrabunyi sebelum mengesan ketumbuhan yang disyaki kanser," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.Muaz yang bekerja sebagai pegawai pemasaran berkata, pemeriksaan lanjut di hospital kemudian mengesahkan dirinya menghidap kanser buah pinggang tahap tiga dengan tumor berukuran 26 sentimeter pada bahagian perut. Katanya, sebelum diagnosis dia turut mengalami jangkitan dalam darah, keletihan melampau, hilang selera makan, penurunan berat badan secara mendadak dan kencing berdarah. "Apabila tahu yang saya menghidap kanser, saya hanya terkedu dan tidak mampu berkata apa-apa apabila doktor memaklumkan perkara itu.Saya kemudian menghubungi ibu angkat dan memberitahu berhubung sakit yang saya alami. Apabila sudah tahu, dia cuba tenangkan saya serta memberikan semangat supaya terus berfikiran positif," katanya.Mengulas keadaan kesihatannya, Muaz berkata, kehidupannya kini berubah sepenuhnya apabila dia lebih mudah jatuh sakit dan mengambil masa lama untuk pulih setiap kali mengalami gejala demam. Ujar Muaz, dia juga mengalami masalah hipoglisemia walaupun tidak menghidap diabetes, selain penurunan tahap nutrisi dalam badan dan masalah gastrik serta refluks gastroesofagus (GERD) serta kehilangan selera makan. "Setakat ini rawatan yang saya jalani hanya melibatkan pengambilan ubat tanpa kemoterapi. "Pemeriksaan kesihatan juga dilakukan setiap dua hingga tiga bulan untuk memantau keadaan, selain temu janji susulan setiap enam bulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya. #semogacepatsembuh #cancerfighter

About