@berita.ks: KUALA LUMPUR, 5 Nov - Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain kini masih menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) kerana belum menerima sebarang surat atau arahan rasmi berhubung keputusan mengembalikannya ke Polis Diraja Malaysia (PDRM). Peguam yang mewakilinya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, anak guamnya masih belum didapati bersalah dan boleh menjalankan tugas dan tanggungjawabnya seperti biasa. "Beliau masih belum menerima sebarang arahan atau surat rasmi. Jadi, beliau menjalankan tugas kerana masih mempunyai kuasa sebagai Ketua Pengarah,” katanya. Sehubungan itu, Rafique meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memberikan penjelasan berhubung kenyataannya pada 29 Oktober lalu bahawa Mohd Shuhaily telah dikembalikan ke PDRM. "Rakyat kini tertanya-tanya apabila menteri menyatakan satu perkara, tetapi apa yang berlaku menunjukkan keadaan sebaliknya. “Jadi, menteri itu perlu menjelaskan perkara ini kerana ia menimbulkan pelbagai spekulasi," katanya. Mohd Shuhaily, 54, sebelum ini dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS bagi tempoh dua tahun bermula 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027 selepas berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman selama tiga tahun sejak 2023. Pada 21 Oktober lalu, Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu. #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Thursday 05 November 2026 08:28:52 GMT
Music
Download
Comments
MXD :
2026-11-05 09:21:46
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.