@berita.ks: KUALA LUMPUR, 7 Nov - Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan pihaknya tidak pernah mempertikai atau mengetepikan Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kepada bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak. Sebaliknya, AGC menjelaskan bahawa persoalan yang dibangkitkan adalah berkaitan kesan undang-undang Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6 November 2026 terhadap baki hukuman penjara Najib dalam kes SRC International serta pelaksanaan hukuman bagi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menurut kenyataan itu, persoalan utama adalah sama ada Perintah Pelepasan berkenaan hanya membolehkan baki hukuman SRC International diteruskan menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, atau membawa maksud hukuman tersebut telah selesai dari sudut undang-undang. Menurut AGC, perkara itu perlu diperjelaskan kerana hukuman penjara dalam kes 1MDB ditetapkan bermula selepas hukuman SRC International selesai dijalani, manakala permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman 1MDB telah ditolak Mahkamah Tinggi pada 14 Oktober 2026. Sehubungan itu, AGC berpandangan persoalan berhubung kesan undang-undang Perintah Pelepasan berkenaan perlu dirujuk segera kepada Mahkamah bagi mendapatkan keputusan dan arahan pelaksanaan yang jelas. Jabatan itu turut menegaskan bahawa usaha mendapatkan penentuan kehakiman bukan bertujuan mencabar prerogatif pengampunan Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya memastikan semua perintah dilaksanakan mengikut undang-undang. "Tanggungjawab untuk memastikan sesuatu titah pengampunan dilaksanakan dengan tepat, selaras dengan perintah Mahkamah yang berkuat kuasa, merupakan sebahagian daripada usaha menjunjung institusi Yang di-Pertuan Agong dan kedaulatan undang-undang, bukannya suatu tindakan mengingkari titah Baginda," menurut kenyataan itu. #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Saturday 07 November 2026 05:46:56 GMT
Music
Download
Comments
Mr kee kuat ken cing :
di waktu Anwar dapat pengapmpunan agong, tiada pulak jabatan peguam negara , merujuk kpd mahkamah pada masa itu.
2026-11-07 06:31:58
45
wealthlife :
Dah boleh tangkap peguam negara ni
2026-11-07 08:13:03
19
user09872689101001 :
Boleh tukar dh rukun negara rasanya.. selepas agc baru agong 🤭
2026-11-07 05:53:40
38
Cikgu Saari :
kuburkan PH DAP selesai masalah negara. Siasat pulak salah-laku mrk masa berkuasa
2026-11-07 06:24:29
46
pejuang malaya :
selagi berkuasa buat lah apa yg nk buat tggu hilang kuasa nanti
2026-11-07 08:18:23
10
Tok li :
masa isu pengampunan dgn tahanan rumah tidak pula dipertikaikan @ diperincikan. hanya denda RM 50 J jer. mungkin jangkaan masa tu denda x dpt di bayar!!!! Bila bayar denda ada pulak rentetan. bagi kita yg bilis2 lagi ler kena tumbuk lumat nampaknya.
2026-11-07 10:32:35
4
Asfarizal Hj Ghani :
Pudin hg kena jawab laa
2026-11-07 06:33:51
12
AzmanAM :
macam2 hujah geng geng PH
2026-11-07 06:34:26
23
CG Din :
Terbaik AGC.
2026-11-07 08:46:53
2
Growth :
and People still vote for UMNO. In Malaysia, no need to have MACC, police,court, lawyers, judges are not required.One supreme power person can decide everything, as per the constitution [Tears of joy][Tears of joy][Tears of joy]
2026-11-07 08:34:34
0
hijrah1447 :
Jumudkan UMNO kerna banyak ONAR dari Menafaat nya.... PROJEK BBILION tujuan utk DI SAKAU SAKAU...🤣🤣🤣
2026-11-07 06:32:50
2
Mahdee :
teruk AGC ni,dengar ckp DAP saje. derhaka dgn agong ni
2026-11-07 08:43:54
8
NazrieMohamad821 :
kiranya penderhaka jgk laa AGC ni
2026-11-07 07:03:45
10
アリ :
PH penderhaka 🔥🔥🔥
2026-11-07 07:49:51
8
FaDZiL MaNSor :
MENJAWAB LA. DUIT DAH BAYAR...SEMUA DAH BERJALAN LANCAR...SEKERAT JLN KN TANGGUH. APA BENDA NI
2026-11-07 11:06:56
4
Repair Kipas PG :
nampak dah Peguam negara derhaka ikut telunjuk DAP
2026-11-07 08:13:05
5
suffianali013 :
berbalas pantun pulak
2026-11-07 05:53:26
5
Abdul Rahman Mohamed :
2026-11-07 06:37:09
6
Zahyed :
pengampunan terhadap Anuar boleh dicabar/ditarik balik kalau mengikut beliau ini 💯
2026-11-07 07:43:14
5
DinZeqEmDin :
AGC WAJAR DIPECAT CUBAAN DERHAKA..!!!
2026-11-07 07:37:25
4
ramlijapang67 :
AGC wajib di tangkap penjarakan seumur hidup....
2026-11-07 08:27:41
3
alalibrahim :
mmg nak kencing la tu..
2026-11-07 08:36:49
2
HMZ4867 :
Putar belit dh AG
2026-11-07 07:21:17
3
abdul rahman :
Mcm nak berulang spt titah kali pertama ditipudaya sampai tak terlaksana
2026-11-07 07:26:29
3
H :
Maknanya kuasa agong boleh diketepikan[Snicker] AGC paling berkuasa
2026-11-07 10:06:55
1
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.