@ljamnul81: Tahun 1988.. waktu tu aku baru 7 tahun.. Hari raya puasa.. arwah bapa masih ada.. asalnya bapa nak bawa sekeluarga ambil gambar di studio tapi adik tak sihat jadi bapa bawa aku dan kakak sahaja.. rindu kenangan ketika itu.. semasa hayatnya akulah anak yang selalu memberontak dan mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati dia.. suka buat dia marah dan selalu juga bapa merajuk dan tak nak tegur aku bertahun2.. sejak bapa pergi aku jarang luahkan kerinduan pada bapa tapi andai bapa masih ada aku nak peluk dia dan cakap kat dia ‘Pa, adik sayang bapa’😢#CapCut Ps: Ramai kata muka aku ikut muka bapa.. tp mungkin juga diorang tak tau sedikit sebanyak perangai kami pun sama.. di luar nampak keras hati, ego dan susah nak mengalah.. tp sebenarnya hatinya lembut dan mudah memaafkan.. cuma dia takkan mula tegur kau selagi kau tak tegur dia dulu.. 😅