@mira.popmores: Kita dah solat bertahun-tahun, tapi tak salah kalau kita belajar dan semak semula cara solat kita. 🤍 Kadang-kadang bukan sebab tak tahu, tapi kita nak lebih yakin dengan ilmu, bacaan dan cara pelaksanaan ibadah kita. 📖 Sempurnakan Solat Vol. 1 & 2 boleh dijadikan rujukan untuk memahami solat, solat fardu dan sunat, bersuci serta praktikal solat. Ilmu solat ni bukan untuk diri sendiri sahaja, tapi untuk kita ajar dan kongsi dengan anak-anak juga. 🥹 Jadikan buku ni rujukan di rumah. Dapatkan di beg kuning 🛒 #SempurnakanSolat #BukuSolat #IlmuSolat #PanduanSolat #BelajarSolat

✨Mira | AJZS✨
✨Mira | AJZS✨
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 21 November 2026 22:27:02 GMT
250
9
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @mira.popmores, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

KAJANG: Lokasi berbukit berhampiran kawasan perindustrian di sini, dipercayai diceroboh sekumpulan warga asing sejak kira-kira tiga tahun lalu sebelum dijadikan tempat beriadah dan bersukan lengkap dengan gelanggang permainan serta pondok rehat. Tinjauan mendapati, kawasan itu lengang pada waktu siang, namun difahamkan akan dipenuhi warga asing pada waktu petang selepas tamat waktu bekerja serta pada hujung minggu bagi menjalankan pelbagai aktiviti sukan. Laluan untuk mendaki ke puncak bukit itu agak curam serta licin dan perlu lebih berhati-hati, namun terdapat tali yang diikat antara pokok berhampiran dipercayai dipasang bagi memudahkan pergerakan warga asing naik ke atas kawasan terbabit. Pemerhatian di kawasan lapang di puncak bukit itu turut menemukan sebuah padang bola sepak mini, gelanggang bola tampar serta gelanggang sepak takraw yang dibina secara haram. Selain itu, turut dibina beberapa pondok kecil dan tempat duduk menggunakan sisa kayu, papan terpakai serta kanvas yang dipercayai dijadikan tempat warga asing beristirehat selepas bersukan. Bagaimanapun, kawasan sekeliling gelanggang yang dibina dilihat dicemari dengan longgokan sampah sarap seperti plastik makanan, botol minuman serta sisa kayu yang dibuang merata-rata. Pekerja kilang berhampiran lereng bukit itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azman berkata, aktiviti pencerobohan serta kehadiran warga asing di situ dipercayai sudah berlarutan sejak kira-kira tiga tahun lalu. Katanya, kawasan puncak bukit berkenaan pada asalnya dipenuhi pokok dan semak samun tebal sebelum diteroka serta dibersihkan menjadi kawasan lapang bagi tujuan riadah.
KAJANG: Lokasi berbukit berhampiran kawasan perindustrian di sini, dipercayai diceroboh sekumpulan warga asing sejak kira-kira tiga tahun lalu sebelum dijadikan tempat beriadah dan bersukan lengkap dengan gelanggang permainan serta pondok rehat. Tinjauan mendapati, kawasan itu lengang pada waktu siang, namun difahamkan akan dipenuhi warga asing pada waktu petang selepas tamat waktu bekerja serta pada hujung minggu bagi menjalankan pelbagai aktiviti sukan. Laluan untuk mendaki ke puncak bukit itu agak curam serta licin dan perlu lebih berhati-hati, namun terdapat tali yang diikat antara pokok berhampiran dipercayai dipasang bagi memudahkan pergerakan warga asing naik ke atas kawasan terbabit. Pemerhatian di kawasan lapang di puncak bukit itu turut menemukan sebuah padang bola sepak mini, gelanggang bola tampar serta gelanggang sepak takraw yang dibina secara haram. Selain itu, turut dibina beberapa pondok kecil dan tempat duduk menggunakan sisa kayu, papan terpakai serta kanvas yang dipercayai dijadikan tempat warga asing beristirehat selepas bersukan. Bagaimanapun, kawasan sekeliling gelanggang yang dibina dilihat dicemari dengan longgokan sampah sarap seperti plastik makanan, botol minuman serta sisa kayu yang dibuang merata-rata. Pekerja kilang berhampiran lereng bukit itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azman berkata, aktiviti pencerobohan serta kehadiran warga asing di situ dipercayai sudah berlarutan sejak kira-kira tiga tahun lalu. Katanya, kawasan puncak bukit berkenaan pada asalnya dipenuhi pokok dan semak samun tebal sebelum diteroka serta dibersihkan menjadi kawasan lapang bagi tujuan riadah. "Warga asing yang sering naik ke atas bukit ini terdiri warga Bangladesh, Myanmar dan Nepal yang kebanyakannya bekerja di kilang di kawasan perindustrian berhampiran. "Pada awalnya, jumlah mereka yang beriadah di atas bukit ini hanya sedikit, namun lama-kelamaan semakin bertambah sehingga mencecah puluhan orang pada satu-satu masa," katanya ketika ditemui hari ini. ARTIKEL PENUH DI PORTAL BERITA HARIAN BH ONLINE. #Kajang #PencerobohanTanah #WargaAsing #KawasanPerindustrian #AktivitiHaram

About